15 March 2009

percutian hujung minggu...

hari cuti dah bermula buat kami yang bergelar cikgu cikgi..but bg kami macam xbercuti mana pun sbb hari selasa abah fathi dah ada kelas tambahan..selasa n rabu kls, khamis exam ptk n jmaat plak sek ummi plak ada meeting guru huhu...calon2 guru cemerlang lar ari jmaat pun berkhidmat...


but dalam byk2 jurney..perjlnan pulang ke kg pada minggu lps adalah yg paling santai bagi kami...balik kg untuk menjemput bonda untuk menjaga fathi kerana Cula mohon cuti untuk melihat keputusan SPM nya..

perjalanan bermula pagi jumaat..
9pg - bertolak dari balai besar ke kg halaman
10.30 - berenti sarapan nasi kerabu ayam di taman msjid terapung
11.00 - berenti mandikan fathi di masjid bari...
1.00 - tiba di kg halaman:)

sedikit nostalgia indah untuk kenangan kami bersama...




with luv...

fathi n family..

07 March 2009

promo.....promo....





juz 4 info rakan2..

i juz became a new stokis of Muslimah Shop produk... pengedar di perlukan...up to 30% less untuk pengedar..

skrg ngah wat promosi pembukaan..untuk kwn2 nk order i.allah harga menarik akan diberikan:)

antara produk2 nya ialah : minyak biji anggur, jus kismis, gel habbatus sauda n minyak kelapa dara..

untuk khasiat n kegunaan lanjut klik sini ..

hehe bljr2 berniaga smbil2 makan sndiri..blhla join sesaper berminat:)





01 March 2009

minda bisness...

semenjak 2 menjak ni ku rasa sangat berminat dengan alam bisnes mem"bisness" ni..dan aku agak ketagihan (haha istilah yg agk keterlaluan kan..) dengan tips2 bisness dari millionare2..terutama mr irfan khairi..

ni salah satu yg ku petik dari laman nya..

Peluang untuk berjaya bertambah apabila percubaan bertambah. Cuba berbagai-bagai kaedah untuk membangunkankan perniagaan anda. Mungkin ada kaedah yang tidak dapat dugunakan. Mungkin ada kaedah yang anda akan jumpa membawa kepada kejayaan!


lagi banyak tips...klik ajer

tahniah buat rakanku..

sekalung tahniah kami ucapkan buat rakanku Noor Afida Ayu Mamat dan abibnya C.Hasan Mohammad kerana telah dikurniakan seorang putera seberat 3.35kg pada jam 11.15pm 25 Feb 2009..

alhamdulillah kami sempat singgah menjumpai mereka ketika dalam perjalanan pulang dr kg halaman ke Dungun jam 4.30 kelmarin..tapi aku hanya melihat sekali imbas jer putera sulung mereka kerana baby nya kena tahan wad lagi sbb kuning..aku blh tengok pun sbb curi2 masuk dalam wad tu..siap kena marah ngan nurse lagi huhu..

apa2pun ku doakan moga puteranya cepat sembuh dan blh kuar wad cepat...amin..

15 February 2009

aku,dulu kini dan ....

cepatnya masa berlalu..dah dekat sebulan aku xupdate blog ni rupanya..masa 24jam rasa mcm 2jam je sehari2..rutin harian xla sesibuk mana tapi realitinya aku rasakan sgt sibuk sekali..sesekali terfikir plak nk jd "pangurus rumahtangga" sepenuh masa hehe..tp situasi x mengizinkan lagi..

hari ini ku cuba jua memenuhi permintaan rakan2ku untuk menjawab tag mereka..kalau ada terlebih terkurang ku menyusun sepuluh jari mohon ampun dari semua yer...

1.aku sedikit lambat dlm dunia it ni..jd tag ni pun aku agk pening gk awal2 ni rupanya xla sepayah mana pun.my be aku xdan baca molek sgt kot cara2 dia..nsib baik somiku seorg y agk bijaksana dlm dunia it ni..n dengan belas ehsan dan penuh ksh syg dia jugakla lahirnya blog fathifadhilhusin ni.ambo reti taip jer hehe

2.bersyukur yg amat kerana d anugerahkan seorang suami y sgt hensom:) n baik hati...indah sungguh rupanya percintaan slps perkahwinan..kami berkahwin pada 070707 atas pilihan keluarga dan dengan hanya 4 kali jumpa..first time merisik, 2 kat Mydin Mall dgn belangku Jah msa ni dah tunang tp muka dia pun aku xcam lg sebenarnya, 3 kat SK Bukit Nanas amik borang nikah n 4 kat umh Kube Ike ata borang nikah..tunang 3bulan jer pahtu kwin.tq syg 4 being my hero n my luv..

3. bersyukur kerana telah pun nek pangkat menjadi ummi..anugerah yang tidak terhingga dengan kelahiran ahmad fathi fadhil bin mohamad Fadhil pada 18 Oktober 2008 d Hosp Kuala Trg..tp kekadang rasa mcm xpercaya jer dah ada ank rupanya diriku..kekadang aku tersasul membahasakan diri moknah (pgglan dari ank2 sedaraku) kepada ank sndiri..

4."faberet" ku dari dulu sampai skrg ialah tido..kat mna2 jer aku blh tido..dlu msa dlm study,msuk kls rasa mcm nk bw bntl jer..kl travel plak rsa mcm tido dlm buai jer..n y plg x ku sangka2 rupa2nya tabiat suka tido ku sgt kritikal sehinggakan msa kt labor room pun aku aku tertido..sampai kena jerkoh ke misi n doktor..hehe...but now hobiku ini terpaksa ku kurangkan krna fathi selalu kcau lar..

5. selalu bertangguh keje..dari dulu sampai skrg msh xberubah2..pyahlar rupanya nk kikis sifat ni...

6. sangat payah untuk punctual..selalu last minit jer..ni pun payh gk..klu nk buat awal2 rasa macam skema jer hehe last2 terlambat..

7. si tenang..haha gelaran yang di peroleh masa kursus kat maktab.ezi, k,nor dah jah yang menggelarkanku begitu..but 4 me, xsemudah yang di gelar..org luaran nmpk mcm tenang tapi dalam hati penuh debaran sebenarnya..assgmnt xsiap,study xabih,kls msk lmbat...semua org nampak tenang tapi dalam hati ni kalut n berdebar yang amat..tuhan jer tahu masa tu...

8. sgt sensitif..hehe terutama dgn org2 yang rapat esp somi tersayang..silap suara dia kuat sikit jer, dada terus rasa sebak dan mata pun bertakung..xkira tempat dan waktu n xboleh di kontrol lagi..ngan kwn2 ssh skit nk nangis tapi bila dah kecik ati mula amik pendekatan untuk menyepikan diri buat sementara..

9. penah berjauhan dengan suami dan keuarga selama setahun..suami di pahang,family d besut dan aku keseorangan menetap d kuarters sk bukit nanas.

10. hadiah anniversery yang pertama dan paling bermakna ialah dpt tukar sekolah dan menetap di dungun bersama suami..reposting jQAF di sk Batu 48 pada 07072008..dan suami pun dah ngajar kat dungun gk..alhamdulillah..

11. pngalaman pertama bergelar seorag ibu..kena gelak dengan misi kat wad sebab pakaikan lampin kat fathi terbalik..maklumlah sebelum ni xpenah pakaikan lampin kat bby..ank sdara ramai tapi aku xpenah palk berminat nk tahu sebelum ni...

12. kurang pandai memilih..penah tersalah beli baju girl untuk fathi ku..nampak lawa terus amik jer..aku pakaikan jugak kat fathi walaupun nmpk mcm girl..sbb fathi xckup baju..baju yg newborn dia blh pkai sampai sebulan jer lps 2 dah xmuat..aku xbeli byk sbb bdn dia cpt naik..

13. dulu xpenah beli brg2 branded..rasa mahal n rugi sbb brg murah ada..but now dah kawin dgn "branded man" (kata Jah mengulas sifat suamiku hehe) nk beli brg pun dah tgk2 jenama dan banding hrga jgk lar..sbb kata suami ku harga mahal pun blh guna lama..lagi jimat...betul juga..tapi kdg2 tertipu jgk..hrga mahal tapi xde kualiti..nasibla badan

14. sdg berbisnes kecil2an..kami ingin mencuba nasib dan berusaha untuk mengamalkan sunnah nabi iaitu berniaga..kami baru membuka outlet ERAEDAR di besut..ahli keluarga byk membantu..k.wan,k.zah,k.ros,k.ti dan eyu dah jdi pengedar yang aktif..alhamdulillah selain kami boleh tambah duit poket kami,boleh jugak aku memmbantu tambah duit poket kakak2 ku..eyu pun aktif gk..kwn2nya order examo 20 kotak sekali order..rakan2 yang ingin membeli dan menjadi pengedar bolehla hubungi kami..i.allah ada less special untuk kwn2:)

15. sdg berusaha untuk memulihkan kembali kesihatan..masih terasa sakit2 urat slps bersalin ritu..selalu xingat nk makn ubat..bertenang sangat ni la akibatnya..

16. rasa macam nk balik kg tiap2 minggu jer tapi prog penuh plak hujung2 minggu ni..kbs 3minggu turut2..n i.allah 2minggu lagi kami akna balik jua walaupun sehari..untuk hantar stok ERAEDAR dan menziarahi ayahnda ku yang kini sedang sakit..ku doakan moga ayahndaku tabah dan kuat menghadapi dugaan..

17. rasa byk lagi nk tulis tapi ckup lar dulu...xmsk lagi ni nanti xdan plak kul 12 nk g sek hehe..lain hari lain ketika kita share lagi..dulu kini dan akan datang xsemestinya sama kerana hidup kita penuh dengan warna warni..apa yang kuharapkan semoga org2 yang berada di sisiku xkira dekat dimata atau dekat dihati akan sentiasa ku sayangi dan mereka juga sentiasa menyayangiku dulu,kini dan selamanya..

tq ila sudi tag diriku..n sorry amik masa yang amat pnjg untuk memahami n menjawab..

16 January 2009

BALIK LAGI..

minggu ni kami sekeluarga pulang ke kg halaman lagi..minggu lepas dah balik..minggu ni balik plak..terkejut bondaku bla dia tepon smlm dan tahu aku dah pun berada di Gong Badak..
" ai balik pulok??.."terkejut dan mungkin gembira..ibu mana yang tidak gembira anak selalu pulang kan..bukannya dekat dungun dan besut ni.makan masa dekat 3jam perjalanan jugak..dahla aku bersekolah sesi petang,kul 630 petang baru balik..dekat kul 7 malam baru kamibertolak..tu pun dengan bantuan Cula Fathi untuk mengemaskan dapur dan barang2...kerana kepulangan ini sebenarnya tidak disangka2...kul 4 petang baru somiku memberitahu untuk pulang ke kg...selepas mendapat order dari agen kami hehe..kakak kesayanganku k.wan..rakannya order salindah, examo dan Matsa..niat nk balik mggu dpn bersempena cuti raya cina jer tapi dah ada pelanggan ni, kena balikla..lagipun leh luangkan masa hjung minggu fathi ngan nenek2 dan sedara mara..
untung jugak buka outlet kat kg ni,serampang 2 mata lar..untung berniaga tu ada lar sikit2,baru start kan..dan yang untung besarnya leh jmpa ayahbonda lar..
ni la hikmah terbesar yang aku nampak dari terhasil nya outlet ERAEDARBESUT sejak Jan lalu..walaupun kepenatan, tapi bila dah sampai kg halaman,hilang semuanya..melihatkan bonda yang kegirangan menyambut cucunya pulang...hanya ini pengorbanan kecil yang kami mampu lakukan untuk mengembirakan hati kecil bonda yang kian kesunyian dek ank2 semakin dewasa..dan punya kehidupan sendiri..

03 January 2009

salam tahun baru

salam tahun baru...hijrah 1430 dan juga masihi 2009..moga tahun baru bakal membawa azam dan matlamat yang baru dan lebih diberkati..

selamat berkerja dan bersekolah buat semua rakan2 yang sentiasa rajin ke sekolah..sejak dibangku sekolah sampailah di "meja" sekolah ( hehe cikgu cikgi la ni...)


salam tahniah buat anak sedara kesayanganku dan juga sepupu fathi yang paling tua (haha mu koho tuo doh wei)..mek ti...kerana telah berjaya mendapat tempat dalam dunia pekerjaan dalam sektor kerajaan di bidang yang dia xberapa nk g..bidang PTD..selamat melapor diri lusa yer( 05 Jan 09 )

selamat mengasuh buat Cula..adik bongsu kesayanganku..mengasuh her0 permata hatiku..kerana besok 04 Jan 09 akan bermulalah kerjaya kami sebagai cikgu cikgi berbakti pada anak bangsa..


salam tahun baru buat semua dari kami sekeluarga..