21 December 2009

jalan2 ke kerteh part 2...

waa dah dekat seminggu baru sempat ku meng"update" smbungan ini hehe..ampun dipinta ye..maklumla dah sedia ada penyakit xberapa rajin ni tambah plak keadaan badan yang kurang bertenaga dan masa yang agak suntuk..macam2 alasanla kan hehe..

papepun, kita smbung skit lg ye misi jjcm ke mesra mall ni..kempunan plak klau xpost kat sni..sja2 sbg kenangan n nostalgia ku je..

xmau crita pnjg2 la..kita lyn gmbar je la..gmbr hsil 'ketikan' tgnku yg xsehebat rakan "mamarazi"ku yg skrg dah punya DSLR..tahniah rakanku...




berhenti makan petang..penat jjcm..tgk dlm tv iklan pizzahut ni mcm bes jer
order punya order tgk2 'kecik tuet n sikit peh' kata org trg...
tgk..fathi pun xcukup huhu..



ni habuan tuk fathi..
masa umi n abah kecik2 dulu xdk pun mainan2 camni...
tp demi tuk anaknda nan seorg ni, umi n abah melabur beli mainan tuk tingkatkan kreativiti arap2nya..




ni plak utk umi n abah...
dah lama xbeli buku..skali g MPH jamu2 mata ada yg berkenan plak..
tambah2 skrg tgh smgt nk berbisnes, beli la buku2 ttg bisnes..
ni kali pertama umi beli buku bhasa omputih lps2 grad ritu...huhu cipta rekod ni..
dah dekat sminggu baca tp baru smpai chpter 1 hehe..macam kura2 plak rasa...

tu saja yang d beli d sana..balik2 kira budjet smula tgk2 beratus2 jugak hbs...huh mau pening kalau jjcm gni sokmo ni..

setakat ni dulu ye..nk smbung baca buku omputeh ni sebaris dua..sikit2 lama2 jd bukitla kot hehe

11 December 2009

jalan2 ke kerteh..mesra mall..

setelah lama blog ini menyepi, arini terasa nk memperbaharui blog usang ni..bukan pape pun..juz nk buh entry baru takut dang berkulat blog ni hehe..n kisahnya juga kisah baru lar...baru semalam terjadi yer 10 Dis 2009..

sepanjang musim cuti sekolah,kami bercuti di kg halaman besut..tapi kemarin dulu(istilah org kg ku) rabu 9 Dis kami berangkat ke dungun..sbb stok barang era edar dah susut..tujuan nk tambah stok la, tp alang2 dah sampai sini, byk lar plak tujuan lain dan urusan2 yang nk di selesaikan...

n salah satunya, baiki/tukar tombol pintu gen2 yang dah tercabut..kete kan warna pelik dr biasa,jd susah lar nk dpt spare partnya..order kat proton servis sebelum cuti sek lg, tggu dorang call xcall2 pun..las2 smalam call dorang, kata stok dah smpai..so kami pun mnuju la ke proton servis kerteh tuk tukar tombol tu..t xdk warna oren gk..wrna hitam je..hitam pun hitam lar..asl leh buka n tutup pntu haha..

kejap je tkr tombol tu,selebihnya..jjcm lar..kami singgah kat mesra mall..sampai penat2 la kaki ku berjalan..tempat xla besar mana pun, tp aku xcukup kalsium kot..cpt ngat ponat ni huhu..
jom lyn gmbar2 ni lar..kbtulan pinjam kmera ngan adkku..leh lar snap gmbr hehe..



fathi n abah dpn TMC/ Giant mesra mall



fathi ngantuk bangat ni..dan gok lar ye tido setengam jam dlm troly ni hehe..
ye dah besar rupanya..xmuat troli doh..berlipat kaki dia..nk angkat kan sedar, nangis plak..
sian plak heroku ni..



dah lapo la..tgk iklan pizza dlm tv..terasa nk plak..
ni duk tggu order lar..
fathi siap duk gendang2 meja ngan garpu n sudu yer...



pizza dah smpai..
jom mkn..

rest dulu ek..lapo dh ni..fathi pn dh jaga..umi pun nk sarapan ni..
kalu ada msa,nanti smbung blk ye..tgguuu....

09 December 2009

20 November 2009

pau ahmad

pernahkah rakan2 melihat atau membeli serta memakan pau ahmad? pau ini senag di dapati di stesen2 minyak petronas..saya selalu melihatnya dan mujur xpernah membelinya lagi...saya pernah mendapat email mengatakan pau ahmad ini sebenarnya tokey nya adalah org cina..so saya pun search web pau ahmad..betul lah apa yg di kata..huhu

dan hari in, sekali lg saya terbaca satu artikel mengatakan pernah ada dokumentari dlm ntv7 berkenaan pau ahmad ni...
ni saya copy n paste dari http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=414....
jom sama2 kita baca..




"
pau-ahmadSalam.. saja nak share..

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M’sia ni..
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..



Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M’sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.
Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam…

Ntah la.. rasa nak marah pun ada… rasa tertipu pun ada… tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M’sia ni mmg pengasasnya Cina.
So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti…

TQVM..

PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.

Tipah Tertipu daaa…., nasib baik tak suka makan pau….

P A Food Sdn Bhd

2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886
Managing Director
Mr Ding Hong Sing
Finance Director
Ms Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns, Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls, Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

Post asal: http://www.isuhangat.net


huhu...kesian dgn kita yer..byk yng kita xtahu...moga2 kita terlindung n terpelihara..

08 November 2009

pembaziran...

saya memetik isi kndungan ini melalui email yang saya terima..jom kongsi bersama...


Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

  1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
  3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
  4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
  5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
  9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

26 October 2009

coklat crispy haram???



saya teringat zaman saya kanak2..zaman sekolah rendah...apabila sekolah mengadakan lawatan sambil belajar n rombongan berhenti ke pusat2 membeli belah, saya sangat suka membeli coklat ini..maklumlah masa dulu2 di kg halaman saya kurang ada pusat membeli belah dan agak sukar untuk saya dapatkan coklat ini..tambahan pula harganya boleh tahan la..bagi saya pada masa itu,nak ada rm2.00 di tangan pun agak susah dan bila masa2 nk menyertai rombongan sahaja bonda saya memberikan wang saku sebegini jumlahnya..seingat saya jumlah biasa bonda memberikan wang saku ketika menyertai lawatan hanyala rm10 -rm20 shaja...jadi, hanya time2 lawatan begini sahajala saya ada peluang untuk membeli coklat ini..saya sangat suka akan rasanya yang crispy itu..

tetapi, hari ini sedang saya melayari alam maya ini,tetiba saya terbaca artikel ini..jom kita kongsikan bersama..saya hanya memetik sahaja...

Saya mendapat email mengenai keraguan pembaca mengenai coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam.

Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.

Saya googling dan mendapati E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. E476 Coklat Crispy ni ambil dari mana ya?

Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

p/s : dipetik dr http://isuhangat.blogspot.com

kita sudah punya banyak pilihan sekarang..jadi pilihla barangan buatan yang kita tahu dan yakin kehalalannya..moga kita tergolong dalam golongan yang terpilih dan terpelihara i.Allah..

20 October 2009

salam rindu...

salam rindu buat buat semua teman2 blogger...
sudah bersawang nampaknya umah ni ek..
ampun maaf dipohon kerana sudah lama berehat dari mencoret di sini..
bukan tiada idea n cerita untuk dikongsi tetapi tiada mood rajin jer..
mintak maap mintak ampun yer...
i.allah dah datang mood ajin,kita berkongsi kisah yer hehe...