26 October 2009

coklat crispy haram???



saya teringat zaman saya kanak2..zaman sekolah rendah...apabila sekolah mengadakan lawatan sambil belajar n rombongan berhenti ke pusat2 membeli belah, saya sangat suka membeli coklat ini..maklumlah masa dulu2 di kg halaman saya kurang ada pusat membeli belah dan agak sukar untuk saya dapatkan coklat ini..tambahan pula harganya boleh tahan la..bagi saya pada masa itu,nak ada rm2.00 di tangan pun agak susah dan bila masa2 nk menyertai rombongan sahaja bonda saya memberikan wang saku sebegini jumlahnya..seingat saya jumlah biasa bonda memberikan wang saku ketika menyertai lawatan hanyala rm10 -rm20 shaja...jadi, hanya time2 lawatan begini sahajala saya ada peluang untuk membeli coklat ini..saya sangat suka akan rasanya yang crispy itu..

tetapi, hari ini sedang saya melayari alam maya ini,tetiba saya terbaca artikel ini..jom kita kongsikan bersama..saya hanya memetik sahaja...

Saya mendapat email mengenai keraguan pembaca mengenai coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam.

Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.

Saya googling dan mendapati E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. E476 Coklat Crispy ni ambil dari mana ya?

Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

p/s : dipetik dr http://isuhangat.blogspot.com

kita sudah punya banyak pilihan sekarang..jadi pilihla barangan buatan yang kita tahu dan yakin kehalalannya..moga kita tergolong dalam golongan yang terpilih dan terpelihara i.Allah..

4 comments:

ila nursalida said...

rasanya kod tu mmg tak halal.thanksla info mu itu

Fatanah Fadhil said...

ya..aku pun terasa sangatla tertipu selama ini..knapala jakim xcek betul2 kang??kesian dengan keturunan2 kita huhu...

chenta said...

huk oloh...sedapnye crispy...

Fatanah Fadhil said...

ye crispy mmg sedap..tu lar rahsia kesedapannya kot huhu