27 October 2012

salam aidiladha DARI KAMI BERLIMA

salam aidiladha buat semua muslimin muslimat khusunya sanak saudara dan rakan taulan...dari kami:

umi dan abah..gambar diambil oleh imam muda yang sulong ahmad fathi..ok jugak gambar ni walaupun umi dan abah kurang comey tapi apabila gambar diambil oleh imam muda kami, nampak macam comey hehe ...jgn jeles yer ...

 gambar ini di ambil padaaidilfitri yang lepas...3 orang imam di hati umi...seorang  imam yang sentiasa muda encik abah dan 2 orang imam yang sedang meneroka dan membesar menjadi imam muda pejuang agama dan kebanggaan umi abah serta kebanggaan bangsa dan agama...


imam muda yang sulong ahmad fathi fadhil yang baru genap usianya 4 tahun pada 18 oktober lepas...
selamat hari lahir sayang...semoga membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak soleh penyejuk mata hati semua yang memandang dan pejuang agama...

sekarang abang long dah pandai menyanyi lagu2 islam kanak2 kerana abang sudah pun pergi ke sekolah...sebelum ini di PASTi kg Balai Besar Dungun dan sekarang di PASTI kg Kubang ikan besut..menumpang kerana umi bercuti berpantang di kampung halaman bonda...

walaupun pergi ke sekolah, kekadang tidur dan tidak belajar...dan kekadang tidak mahu menulis dan mewarna..umi abah tetap berbangga kera abAng long sudah boleh mengingati (walaupun samar2) doa2 ringkas, nama2 nabi, lagu aak nabi kita dan huruf2 abc dan alif ba ta...tetruskan belajar sayang...kerana ilmu kita dihormati dan kerana ilmu kita akan bahagia insyaAllah...

ini dia imam muda kedua...mohammad alfateh kini berusia 2 tahun 8 bulan...yang sangat suka pada lori dan keretapi mainan...maianan2 ini xpernah lekang di tangannya hatta ke tandas sekali dia akan bawa sekali keretapi dan keretanya...
pernah sekali keretanya terjatuh ke dalam lubang tandas dan tidak dapat diselamatkan...dia menangis sepetang hari...nasib ada pengganti kereta lain...dan fateh hanya akan melepaskan keretapi dan kereta ini apabila dia tidur nyenyak...itupun keretapi dan kereta itu parking di hujung  kepalanya sahaja kerana bila tersedar di tengah malam...perkara pertama dicari adalah 2harta ini...
ooo fatehhh...

doa umi dan abah moga kamu membesar dengan sehat dan bijak sayang...dan menjadi kebanggaan agama seperti mana namamu MOHAMMAD ALFATEH ...Mengambil berkat dari nama sultan mohammad alfateh...amiinn..

 dan alhamdulillah imam muda ketiga...MOHAMMAD FAWWAZ selamat dilahirkan pada 24 september 2012 jam 9.38 pagi seberat 3.44kg di hospital dungun...hari ini sudah sebulan 3hari imam muda ini berada dalam pelukan kami sekeluarga...alhamdulillah wa syukrulillah ya Allah...anugerah terbesar buat kami sekeluarga pada tahun ini...

umi terlupa yang imam muda ini akan menyambut hari raya bersama sekeluarga..baju dan kelengkapan raya haji ni, kami berempat hanya pakai semula yang aidilfitri lepas...dan umi terlupa membeli dan menyeduakan untuk yang kelima ini...alhamdulillah sehari sebelum raya, abah belikan untuk imam muda ini...biasa umi yang beli atau umi dan abah yang beli..tapi istimewa untuk FAWWAZ,  abah pilih dan beli seorang diri..pilihan dan belian eksklusif dari dungun..cantik dan hebat juga pilihan abah:)

tapi sayangnya, gambar x sempat dirakam di aidiladha ini...huhu kita baru punya imam 3orang dah xsempat nak rakam gambar...bagaiman orang yang lebih ramai sempat berposing2 lagi yer...umi agak hairan dan terkilan...xpe la esok lusa umi akn ambil gambar fawwaz dengan baju2 baru pilihan abah yer...

semoga membesar dengan sehat dan bijak ye sayang...moga jadi anak soleh dan penyejuk mata hati umi dan abah juga semua mata yang memandangmu sayang...

AHMAD FATHI FADHIL. MOHAMMAD ALFATEH DAN MOHAMMAD FAWWAZ...
kamu semua permata hati umi abah..umi abah rela berkorban segalanya untuk kamu..semoga kamu semua membesar menjadi permata hati yang sentiasa berkilauan di hati kami dan menjadi penyejuk mata semua yang memandangmu...moga menjadi anak2 soleh sayang...


salam aidil adha dan maaf zahir batin ikhlas dari kami berlima :
FADHIL, FATANAH, FATHI , FATEH DAN FAWWAZ

No comments: