25 May 2014

KAMI BERLIMA

alhamdulillah wa syukri lillah...
Allah masih memberikan peluang beribadah dan sihat iman dan akal buat kami sekeluarga...
umi dalam proses mencari dan melekatkan gambar2 memori anak2 kebanggaan umi untuk sekian lama ini..
moga secebis memori ini boleh jadi kenangan dan saham bahagia buat kita sekeluarga di dunia juga akhirat...
amiin...
abah dan 3 imam muda di hari lebaran lepas...

ini pengalaman pertama 5 beranak naik KTM di ibu kota dalam perjalanan ke PWTC

sempena Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2014

depan pintu masuk tingkat 4 PWTC
dah letih + lapar..rest makan minum jap..
fawaz dah lentok...

umi sempat jumpa dan dapatkan tandatangan chef Hanieliza dan beli 2 biji buku resepi beliau

fawwaz dan homeschoolong bersama kadi imbas khadijah
keluaran sahabat sepengajian universiti umi cikjah Khadijah Ghani

fawwaz dan fateh homeschooling buku bacaan mudah baca..

24 May 2014

tahun 2014...

assalamualaikum wbt
kembali berkarya hehe karya la sangat...

alkisah..abah g taklimat tentang pemulihan dan teknik Qalami di Kuala Terengganu bulan lepas..dan speakernya ada cakap perkembangan anak2 ni kita kena catat..sedangkan anak2 murid kita ada rekod perkembangan..apatah lagi anak2 kesayangan kita...

haaa jadi dari situ..umi terdetik nak kena kembali berblog ni..supaya umi rekod dan ingat perkembangan anak2 soleh umi...dan bila anak2 umi pandai baca nanti...umi xperlu cerita panjang..umi cerita sikit2 je anak2 umi sudah faham:)

ok la kot no..yg penting kena istiqomah kan...
ya Allah berkatila usaha kecil umi ini..moga anak2 umi abah membesar jadi khalifah berjasa dan berguna buat agama bangsa dan negara amin...

si sulong..sudah 6 tahun

mereka bertiga

si Fateh imam ke dua sudah 4 tahun

umi dan abah makin awet muda hehe...

27 October 2012

salam aidiladha DARI KAMI BERLIMA

salam aidiladha buat semua muslimin muslimat khusunya sanak saudara dan rakan taulan...dari kami:

umi dan abah..gambar diambil oleh imam muda yang sulong ahmad fathi..ok jugak gambar ni walaupun umi dan abah kurang comey tapi apabila gambar diambil oleh imam muda kami, nampak macam comey hehe ...jgn jeles yer ...

 gambar ini di ambil padaaidilfitri yang lepas...3 orang imam di hati umi...seorang  imam yang sentiasa muda encik abah dan 2 orang imam yang sedang meneroka dan membesar menjadi imam muda pejuang agama dan kebanggaan umi abah serta kebanggaan bangsa dan agama...


imam muda yang sulong ahmad fathi fadhil yang baru genap usianya 4 tahun pada 18 oktober lepas...
selamat hari lahir sayang...semoga membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak soleh penyejuk mata hati semua yang memandang dan pejuang agama...

sekarang abang long dah pandai menyanyi lagu2 islam kanak2 kerana abang sudah pun pergi ke sekolah...sebelum ini di PASTi kg Balai Besar Dungun dan sekarang di PASTI kg Kubang ikan besut..menumpang kerana umi bercuti berpantang di kampung halaman bonda...

walaupun pergi ke sekolah, kekadang tidur dan tidak belajar...dan kekadang tidak mahu menulis dan mewarna..umi abah tetap berbangga kera abAng long sudah boleh mengingati (walaupun samar2) doa2 ringkas, nama2 nabi, lagu aak nabi kita dan huruf2 abc dan alif ba ta...tetruskan belajar sayang...kerana ilmu kita dihormati dan kerana ilmu kita akan bahagia insyaAllah...

ini dia imam muda kedua...mohammad alfateh kini berusia 2 tahun 8 bulan...yang sangat suka pada lori dan keretapi mainan...maianan2 ini xpernah lekang di tangannya hatta ke tandas sekali dia akan bawa sekali keretapi dan keretanya...
pernah sekali keretanya terjatuh ke dalam lubang tandas dan tidak dapat diselamatkan...dia menangis sepetang hari...nasib ada pengganti kereta lain...dan fateh hanya akan melepaskan keretapi dan kereta ini apabila dia tidur nyenyak...itupun keretapi dan kereta itu parking di hujung  kepalanya sahaja kerana bila tersedar di tengah malam...perkara pertama dicari adalah 2harta ini...
ooo fatehhh...

doa umi dan abah moga kamu membesar dengan sehat dan bijak sayang...dan menjadi kebanggaan agama seperti mana namamu MOHAMMAD ALFATEH ...Mengambil berkat dari nama sultan mohammad alfateh...amiinn..

 dan alhamdulillah imam muda ketiga...MOHAMMAD FAWWAZ selamat dilahirkan pada 24 september 2012 jam 9.38 pagi seberat 3.44kg di hospital dungun...hari ini sudah sebulan 3hari imam muda ini berada dalam pelukan kami sekeluarga...alhamdulillah wa syukrulillah ya Allah...anugerah terbesar buat kami sekeluarga pada tahun ini...

umi terlupa yang imam muda ini akan menyambut hari raya bersama sekeluarga..baju dan kelengkapan raya haji ni, kami berempat hanya pakai semula yang aidilfitri lepas...dan umi terlupa membeli dan menyeduakan untuk yang kelima ini...alhamdulillah sehari sebelum raya, abah belikan untuk imam muda ini...biasa umi yang beli atau umi dan abah yang beli..tapi istimewa untuk FAWWAZ,  abah pilih dan beli seorang diri..pilihan dan belian eksklusif dari dungun..cantik dan hebat juga pilihan abah:)

tapi sayangnya, gambar x sempat dirakam di aidiladha ini...huhu kita baru punya imam 3orang dah xsempat nak rakam gambar...bagaiman orang yang lebih ramai sempat berposing2 lagi yer...umi agak hairan dan terkilan...xpe la esok lusa umi akn ambil gambar fawwaz dengan baju2 baru pilihan abah yer...

semoga membesar dengan sehat dan bijak ye sayang...moga jadi anak soleh dan penyejuk mata hati umi dan abah juga semua mata yang memandangmu sayang...

AHMAD FATHI FADHIL. MOHAMMAD ALFATEH DAN MOHAMMAD FAWWAZ...
kamu semua permata hati umi abah..umi abah rela berkorban segalanya untuk kamu..semoga kamu semua membesar menjadi permata hati yang sentiasa berkilauan di hati kami dan menjadi penyejuk mata semua yang memandangmu...moga menjadi anak2 soleh sayang...


salam aidil adha dan maaf zahir batin ikhlas dari kami berlima :
FADHIL, FATANAH, FATHI , FATEH DAN FAWWAZ

01 September 2012

salam lebaran 1432 hijrah

salam lebaran walaupun arini dah byk hari syawal tapi masih boleh sambut lagi kan :)
sekian lama xbersua..ari ni setelah semalam dpt teguran n menjenguh blog http://cintamamababa.blogspot.com/ dan blog kengkawan lain...terpanggil nk post jugak ari ni...

tapi xmau citer panjang2...nak tepek gambar je la...insyaAllah gmbar2 ni akan bercerita lebih lanjut...
 

ni moment2 di pagi aidilftri yang pertama di rumah bonda kat kg padang luas..
 selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga

 hasil ketikan kamera oleh imam muda fathi...
kmera mmg kt tgn dia la pendek kata...smpai gmbr dia sgt sukar utk di ambil..
 cuma gmbr yg tengah dan gmabar2 yg ada muka fathi jer di ketik kamera oleh org lain..
dan kekadang gmbar yang dia ambil lebih comey dari gambar yang ambil...
moga jd kmeramen yg hebat la ye anakku...


inilah dia seorang bakal kameramen muslim hebat insyaAllah...

Apa2pun selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga..
moga ketemu lagi nanti yer...

14 May 2012

2012 PENUH BAHAGIA...





sudah mpir setengah tahun 2012 rupanya tp umi asyik sibuk je...x sempat nak update kisah imam2 muda umi ni ye...

29 December 2011

cerita kami...

sekian lama menyepi..
tetiba hari ini ada aura meng'update' kisah kahidupan kami...jadi sementara masih ada semangat dan ruang waktu ini...jom kita layaann...

 ni gambar ketika raya baru2 ini...uminya sibuk memanjang...ni baru sempat upload..
ok la tu kan..asal upload..
tapi hanya ada gambar fateh je...gambar si fathi xsempat di 'snap'...
imi mohon maaf la abang long ye...next time kita bergambar lagi ye:)

 imam muda fateh yang segak dan tampan ini memang xlekang dek 'keh' nya...
bakal jadi usahawan dan kontraktor 'keh' besar dan bertaqwa di masa hadapan insyaAllah...

inilah dia sebuah keluarga kami yang tidak seberapa tapi alhamdulillah kami sangat bahagia...terima kasih dan syukur padaMu ya Allah kerana anugerah bahagia yang tidak terhingga ini Ya Allah...moga2 akan terus bahagia di sini dan juga di sana...
gambar ini diambil ketika kami menghantar bonda umi dan cula ke tanah suci Mekah...
jam 3.00 pagi sudah bertolak dari kg halaman Kubang Ikan...dan bonda mula masuk check in jam 6 pagi...


dan di ketika umi sedang menulis ini,bonda sudah pun selamat pulang ke tanah air..moga2 bonda dan cula mendapat rahmat dan haji yang mabrur di Tnah suciMu ya Allah...

sekian dulu buat kali ini...moga di lain kali kita bertemu lagi insyaAllah... 

05 August 2011

salam ramadhan 1432h

salam ramadhan buat semua...

 bersiap2 untuk ke surau untuk berterawih...

ni dia seorang imam muda alfateh...kopiah lekat je di kepala bila time nk g surau..tapi bila balik je terus amik simpan buh dalam beg yang um bawak g terawih....imam muda fathi amat susah untuk di close up gambarnya skrg ni...

alhamdulilah...sejak fathi lahir 2010 dulu...umi belum pernah berkesempatan untuk berterawih di surau..tapi tahun ni alhamdulillah umi sempat berterawih di surau..sistem giliran jngan abah jaga imam2 muda ni ketika solat...imam buat 20 rakaat tapi umi n abah hanya buat 8 je la sbb nk kena gilir2 tgk2kan imam2 muda ni bermain2...

apa2pun..salam ramadhan mubarak dari kami sekeluarga...moga2 ibadat kita tahun ini diterima olehNya dan ibadat kita semakin bertambah dan tahun ini merupakan tahun yang terbaik dalam hidup kita semua....amiiinnn...