12 October 2014

FAWWAZ 2TAHUN

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat ilahi...
si budak cerdik umi abah sudah menjengah 2 tahun 24 sept lepas
kejap je masa berlalu rasa...

Dia suka mihmih (kismis) dan kurma..
Alhamdulillah abang2 nya kurang suka makanan sunnah ni tapi dia suka..alhamdulillah wa syukru lillah...
memang si fawwaz bijak ni mudah di jaga...


Tokey kecik
Kaki pun xsampai jejak lantai...
tapi orang nok wat kije..dia pun nok buat keja jugak...



Bersama Ustaz Don di Halfest 2014
Memori indah di Halfest 2014 di Bangi ...
sempat bergambar kenangan dengan personaliti Ustaz don Danial dibelakang pentas..

Taman orkid di KUD bukit besi

Beraksi 3 beradik di taman orkid...


28 August 2014

aidilfitri 2014

Sekian lama sibuk...
Hari ni mahu catat diari blog keluarga kami...
Niatnya mahu catat semua aksi dan memori anak2 syurga kami...
Tapi umi n abah agak sibuk...xsempat...
Moga memori indah ini sentiasa berpahala mudah2an...


Tema aidilfitri kami 2014 OREN..
dihari pertama sepetang dirumah bonda kubang ikan..


Di hari raya ke2
Sempena majlis kahwin mokla...
Fateh n fathi jadi model pelamin konon2...
Tapi sbnrnya duk berehat sbb xduduk lagi tu duk main ngan kwn2...
Fawaz baru tido masa ni lebih kurang jam 5 petang...

Ini aksi mereka anak soleh ahli syurga 3 beradik lepas balik terawih masa puasa ritu...
Ada kotak dan mereka anggap tu laptop mereka...
Konon2 sedang duk main game n buat keje2 bisnes la tu hehe..
Mmg meneyeronokkan dunia syurga mereka...

Ya Allah jadikan kami ahli ditaman2 syurgaMu Ya Allah...
Permudahkanlah segala urusan2 baik kami...
Peliharalah kami ya Allah...

02 June 2014

cuti sekolsh jun 2014

Salam ceria salam sayang semua

Cutii sekolah dah mula...best xterkata..umi xyah g sekolah ank2 pun xberkejaran g sekolah...
Nk balik kampung lelama..keta masih dibengkel..balik rabu lepas esoknya dah balik dungun semula..maklumla keta sewa..rm150 sehari wooo keta alza...sehari tu sewa keta exora rm170 sehari...pernah jugak sewa keta viva 3hari..rm70 sehari sempat la jugak menyewa 3 hari...uuuhhh memang kereta itu keperluan la...adok kereta macam patah kaki rasa...
Tapi ank2 suka nek keta sewa sbb boleh naik keta baru dan keta lain2...dia excited semacam..umi n abah excited 2macam mssa nk bayar tu huhu...

Baru sedikit Allah uji, dah terasa sukarnya perjalanan hidup..bagaimanalah mereka yg tiada kenderaan..ujian kecil ini menjadikan kami terfikir...betapa banyak nikmat Allah berikan pada keluarga kami..alhamdulillah ya Allah wberkatilah rezeki kami...moga rezeki kami di dunia menjadi penyambung saham bahagia di akhirat ya Allah amiin...



rehlah jaulah

Rehlah jaulah bersama keluarga di petang2 hari yang lapang...

4 jejaka idaman kalbu umi di tepi pantai teluk lipat

Fathi dan fateh di celah2 rusa buatan di taman mainan sura hujung...

Adik fawaz dan ladybug tunggangan...


Abah dan anak2 di pameran moto big bike depan pasar buah Dungun

Menghabiskan hari2 yang bahagia bersama ahli syurga ini amat bermakna...moga kalian membesar sbg khalifah kebanggaan agama dan bangsa duhai anak2 solehku...

25 May 2014

KAMI BERLIMA

alhamdulillah wa syukri lillah...
Allah masih memberikan peluang beribadah dan sihat iman dan akal buat kami sekeluarga...
umi dalam proses mencari dan melekatkan gambar2 memori anak2 kebanggaan umi untuk sekian lama ini..
moga secebis memori ini boleh jadi kenangan dan saham bahagia buat kita sekeluarga di dunia juga akhirat...
amiin...
abah dan 3 imam muda di hari lebaran lepas...

ini pengalaman pertama 5 beranak naik KTM di ibu kota dalam perjalanan ke PWTC

sempena Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2014

depan pintu masuk tingkat 4 PWTC
dah letih + lapar..rest makan minum jap..
fawaz dah lentok...

umi sempat jumpa dan dapatkan tandatangan chef Hanieliza dan beli 2 biji buku resepi beliau

fawwaz dan homeschoolong bersama kadi imbas khadijah
keluaran sahabat sepengajian universiti umi cikjah Khadijah Ghani

fawwaz dan fateh homeschooling buku bacaan mudah baca..

24 May 2014

tahun 2014...

assalamualaikum wbt
kembali berkarya hehe karya la sangat...

alkisah..abah g taklimat tentang pemulihan dan teknik Qalami di Kuala Terengganu bulan lepas..dan speakernya ada cakap perkembangan anak2 ni kita kena catat..sedangkan anak2 murid kita ada rekod perkembangan..apatah lagi anak2 kesayangan kita...

haaa jadi dari situ..umi terdetik nak kena kembali berblog ni..supaya umi rekod dan ingat perkembangan anak2 soleh umi...dan bila anak2 umi pandai baca nanti...umi xperlu cerita panjang..umi cerita sikit2 je anak2 umi sudah faham:)

ok la kot no..yg penting kena istiqomah kan...
ya Allah berkatila usaha kecil umi ini..moga anak2 umi abah membesar jadi khalifah berjasa dan berguna buat agama bangsa dan negara amin...

si sulong..sudah 6 tahun

mereka bertiga

si Fateh imam ke dua sudah 4 tahun

umi dan abah makin awet muda hehe...

27 October 2012

salam aidiladha DARI KAMI BERLIMA

salam aidiladha buat semua muslimin muslimat khusunya sanak saudara dan rakan taulan...dari kami:

umi dan abah..gambar diambil oleh imam muda yang sulong ahmad fathi..ok jugak gambar ni walaupun umi dan abah kurang comey tapi apabila gambar diambil oleh imam muda kami, nampak macam comey hehe ...jgn jeles yer ...

 gambar ini di ambil padaaidilfitri yang lepas...3 orang imam di hati umi...seorang  imam yang sentiasa muda encik abah dan 2 orang imam yang sedang meneroka dan membesar menjadi imam muda pejuang agama dan kebanggaan umi abah serta kebanggaan bangsa dan agama...


imam muda yang sulong ahmad fathi fadhil yang baru genap usianya 4 tahun pada 18 oktober lepas...
selamat hari lahir sayang...semoga membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak soleh penyejuk mata hati semua yang memandang dan pejuang agama...

sekarang abang long dah pandai menyanyi lagu2 islam kanak2 kerana abang sudah pun pergi ke sekolah...sebelum ini di PASTi kg Balai Besar Dungun dan sekarang di PASTI kg Kubang ikan besut..menumpang kerana umi bercuti berpantang di kampung halaman bonda...

walaupun pergi ke sekolah, kekadang tidur dan tidak belajar...dan kekadang tidak mahu menulis dan mewarna..umi abah tetap berbangga kera abAng long sudah boleh mengingati (walaupun samar2) doa2 ringkas, nama2 nabi, lagu aak nabi kita dan huruf2 abc dan alif ba ta...tetruskan belajar sayang...kerana ilmu kita dihormati dan kerana ilmu kita akan bahagia insyaAllah...

ini dia imam muda kedua...mohammad alfateh kini berusia 2 tahun 8 bulan...yang sangat suka pada lori dan keretapi mainan...maianan2 ini xpernah lekang di tangannya hatta ke tandas sekali dia akan bawa sekali keretapi dan keretanya...
pernah sekali keretanya terjatuh ke dalam lubang tandas dan tidak dapat diselamatkan...dia menangis sepetang hari...nasib ada pengganti kereta lain...dan fateh hanya akan melepaskan keretapi dan kereta ini apabila dia tidur nyenyak...itupun keretapi dan kereta itu parking di hujung  kepalanya sahaja kerana bila tersedar di tengah malam...perkara pertama dicari adalah 2harta ini...
ooo fatehhh...

doa umi dan abah moga kamu membesar dengan sehat dan bijak sayang...dan menjadi kebanggaan agama seperti mana namamu MOHAMMAD ALFATEH ...Mengambil berkat dari nama sultan mohammad alfateh...amiinn..

 dan alhamdulillah imam muda ketiga...MOHAMMAD FAWWAZ selamat dilahirkan pada 24 september 2012 jam 9.38 pagi seberat 3.44kg di hospital dungun...hari ini sudah sebulan 3hari imam muda ini berada dalam pelukan kami sekeluarga...alhamdulillah wa syukrulillah ya Allah...anugerah terbesar buat kami sekeluarga pada tahun ini...

umi terlupa yang imam muda ini akan menyambut hari raya bersama sekeluarga..baju dan kelengkapan raya haji ni, kami berempat hanya pakai semula yang aidilfitri lepas...dan umi terlupa membeli dan menyeduakan untuk yang kelima ini...alhamdulillah sehari sebelum raya, abah belikan untuk imam muda ini...biasa umi yang beli atau umi dan abah yang beli..tapi istimewa untuk FAWWAZ,  abah pilih dan beli seorang diri..pilihan dan belian eksklusif dari dungun..cantik dan hebat juga pilihan abah:)

tapi sayangnya, gambar x sempat dirakam di aidiladha ini...huhu kita baru punya imam 3orang dah xsempat nak rakam gambar...bagaiman orang yang lebih ramai sempat berposing2 lagi yer...umi agak hairan dan terkilan...xpe la esok lusa umi akn ambil gambar fawwaz dengan baju2 baru pilihan abah yer...

semoga membesar dengan sehat dan bijak ye sayang...moga jadi anak soleh dan penyejuk mata hati umi dan abah juga semua mata yang memandangmu sayang...

AHMAD FATHI FADHIL. MOHAMMAD ALFATEH DAN MOHAMMAD FAWWAZ...
kamu semua permata hati umi abah..umi abah rela berkorban segalanya untuk kamu..semoga kamu semua membesar menjadi permata hati yang sentiasa berkilauan di hati kami dan menjadi penyejuk mata semua yang memandangmu...moga menjadi anak2 soleh sayang...


salam aidil adha dan maaf zahir batin ikhlas dari kami berlima :
FADHIL, FATANAH, FATHI , FATEH DAN FAWWAZ