21 December 2008

susu ibu

alhamdulillah..ari ni dah masuk 2bulan 3 hari fathi d lahirkan..dan hari ini juga fathi menerima injection ke2 (sepatutnya 18hb dec tapi klinik tutup hari khamis,kami g arini)..
fathi dah bertambah tembam...dah 6.2kg (4.7kg-1 bulan n 3.19kg-newborn) patutlar ummi dah mula rasa sakit lengan bila nyusukan fathi lama2 hehe..nurse cek penglihatan dan pendengaran fathi..alhamdulillah semuanya ok..dan yang mengembirakan kami lagi,kemarin fathi dah pandai bercakap dan berbual2 (dalam versi ahh uhhh ooo lar..) juga sudah terdengar suaranya ketawa..aku senyum syukur mendengar suara dan keletah permata hatiku..
tapi hari ni,aku kerisauan...menurut "meci",injection kali ni baby akan demam..dengar jer demam,aku dah bimbang..demam???dahlar lusa nak kena balik dungun ada meeting panatia,jauh dari nenda2 ni..risau amat ku rasa..lepas jer inject nurse pesan suh suap ubat yg d bekalkan klinik 2x sehari..takut demam melarat katanya..balik umah jer,aku suapkan fathi ubat guna picagari..baru masuk 2titik, terus fathi muntah..aku cuba suap lagi...muntah lagi..nendanya berbunyi..
"eeee dulu mok nk suap makanan ke amad(panggilan manja fathi d kg), mu x bagi,tp ubat mu suap pulok..mana lar budok tu buleh makan xpenah makan gapo satu pun lagi tu.."
ye x ye jugak ek..aku berkeras nak bagi fathi minum susu ibu jer d awal2 usia fathi..
alhamdulillah fathi masih kuat..xdemam lagi walaupun ubat xmkn tadi..malam ni pun aku xsuap jgk,kesian tengok dia muntah..moga2 fathi xdemam la kali ni.inilah hikmah dan khasiat yang Allah ciptakan dalam susu ibu..antibodi dan nutrein yg tersangat lengkap..buktinya telah ku alami sendiri..sepanjang 2bln ni,fathi hanya minum susu ibu dan 2 oz air zamzam sahaja..
syukur padaMu Ya Rabb atas nikmatMU yang besar ini..dan peliharalah kami dalam rahmatMu sentiasa...amiin..

salam aidiladha buat semua..

walaupun sudah agak lama aidiladha berlalu, kami ingin memohon ampun dan maaf dari semua..salam aidiladha moga pengorbanan kita tahun ini lebih bermakna..kesuntukan waktu dan ruang membuatkan ummufathi kurang sempat meluangkan masa d alam maya ini..pohon ampun sekali lagi..

SALAM EIDILADHA MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA..

12 December 2008

dalam kenangan...

27 nov 08
hari ni fathi tdo mcm biasa d pg hari..kul 10 lbh time mandi dia..dan lps 2 biasa dia smbung tdo balik tapi ptg ni dia xlena sgt.mgkin sbb aku tukar bantal lapik buai dia kot..sblum ni dia tido bantal kekabu tapi aku tengok dia xslesa,aku buatkan bantal dari kapas.rupa2nya dia lagi xslesa:)aku baringkan dia atas tilam kecilnya,dia tido dengan nyenyak sekali tapi hanya untuk seketika sahaja..selebihnya dia berjaga..dh penat dia berjaga,tertido plak akhirnya..bila mlm menjelang lagi lar nyenyak dia tido.kul8 hingga 11 tanpa sebarang tangisan..mungkin sbb d siang hari td ramai spupunya yg cilik2 n aktif brlari sna sni datang umah nenda nya..jd sedikit terganggu tido nya..mlm ni tiada gangguan,nyenyakla dia tido di tambah dengan cuaca dan suhu yg xbrapa sejuk...
bila fathi tido dengan nyenyak, inilah masa untuk ummi dan abahnya membuat aktiviti bersama..biasanya kami berinternet mencari berita2 terkini dan masa untuk berlibur ngan rakan2 d alam maya..maklumla d umah nenda ni tv dah rosak dan radio pn xada..tapi malam ni aku teringin makan roti goreng dan nasi air buatan kak iparku y sulong (kak abg) yg mmbuka kedai makan d Kg 8 kotak lbh kurang 5km dari umah nendaku..abgku trus menelefon kak untuk men"order" pesanan..kedainya kecik jer tapi kalau x order dulu,pyah nk dapatlar sbb nasi air dan roti goreng tu menu yg slalunya habis awal..lps isyak baru abgku bertolak g amik order dan balik sejam kmudian..maklumlar dah sampai kedai kakak sendiri,bersembang2lar dulu adik beradik..aku kat umah nenda tetiba rasa nk bertungku..teringat pesan mak bidan yg mengurutku,dia suruh aku rajin2 bertungku..untuk elokkan peranakan dan elakkan sakit2 urat d kemudian hari kot..(baru 2 3 kali jer aku bertungku pun..)sempat la sejam aku bertungku..

apabila sampai jer nasi air dan roti goreng,aku terus makan..nasi air semangkuk dan roti sebiji..alhamdulillah kenyang malam ni walaupun nasi air xberapa "jeliro"(petik kata2 ustaz pozi penyelaras jQAF Trg..) xberapa best lar maknanya sbb kak xbuh ikan bilis goreng dan sambal utk aku pasai mc pribadi kata biso bonar kalu makan bende alah tu......

bila dh kenyang makan,kpala pun pening2 lalat..aku baring disebelah abgku yg sedang asyik berinternet..baru jer nk terlelap,fathi dah jaga..aku pn bangun menyusukan dia..dia kelaparan rupanya..setengah jam lebih dia mnyusu..bila dia dah kenyang matanya pun agk layu mengantu..aku baringkan dia d atas tilam kecilnya dan aku sambung baring semula..kepala terasa berat sangat..pening + ngantuk..xsampai 5minit,fathi menangis lagi..abahnya riba..xpakai...dukung plak...makin kuat dia nangis..nendanya yg tertido slpas penat mengaul tapai ubinya (tapai ni untuk di jual d kuala besut tiap2 hari isnin dan jumaat )nenda nya cdgkan supaya aku menyusukan fathi lagi.."dia x kenyang lagi tu..."kata bondaku.

aku bangun menyusukan nya sekali lagi..agak lama juga dia menyusu.bila mata fathi dah layu,aku letakkannya kembali..xsampai 5minit,nangis lagi..tapi aku ngantuk amat..aku tido lagi...rupa2nya aku xlayak lagi jd umi huhu...

29 November 2008

senyuman pertama herO

senyuman pertama herO kami pada hari ke39 kelahirannya selepas d agah.. " wei lar pandai nya anak mu.pandai suka doh.." kata bonda..aku tersenyum simpul. alhamdulillah syukur kepadaNya..dalam hati terpikir "ni penangan aku makan salindah kot..herO cepat belajar hehe

26 November 2008

mandi sendiri??

25 nov 2008 7.00pm - hari ini dalam sejarah...
pertama kali setelah 36 hari fathi d lahirkan,ari ni ari yg plg bertuah bg dirinya mungkin...kerana telah dimandikan oleh tangan ummi yg melahirkannya..aku lar tu yg xpenah ada pglman ni.sejak hari pertama d mandikn oleh mici kt spital KT, ari k2 dan seterusny di mandikan oleh nenda n mok2sdaranya yg sgt caring..m.ngoh, m.long n m.nik..
tapi arini di takdirkan semua org g mlwat m.haikal(spupu fathi-ank a.cik) kat spital kota baru,msuk icu marin sbb "buak"( sawan lar istilah buku gak) n xsedar lbh krg 12jm gak..kul 11 pg dorang bertolak ngan van a.zik.dlm kalut2 sebm betolak nenda sempat mandikan fathi. nenda tkt tgl xmndi fathi,xmnd lar jwbnya cucu dia ari ni..
biasanya fathi akn dimndikn plak antara kul 6-7 (sebelum magrib sbb org tua2 takut mandi time mgrib ni tkt bb nangis mlm)..biasanya m.ngoh pun akan sampai dalam kul6 u mandikan fathi n kul 7 dia balik umah kalut2 nk bagi itik2 peliharaaannya makan.tapi arini,tunggu punya tggu,dah dkt kul 7 dorang xbalik lagi..
fathi dah makin masam ni,tadi dia "jeluok"(muntah tapi kua susu jer sbb ye minum susu jer baru) ngan banyaknya.kalu xmandikan dia kesian plak dia,masam n mesti badan melekit..aku pun ambil keputusan nk mandikan sndiri ank kesayanganku.dengan bantuan abahnya,akhirnya aku berjaya memandikan fathi dengan tanganku n tangan abgku:)
akhirnya berjaya juga aku menjadi ummi wat ahmad fathi fadhil bin mohamad fadhil...

24 November 2008

pembuka kalam..

salam mahabbah dari kami sekeluarga..fathi,fadil n fatanah

23 November 2008

wat blog??

"awk..msukla blog sy..sy dah ad blog skrg.." kata firJah..
"tengoklah kalu dan.."kata ummu fathi
" awk pun watla blog..." tambah firJah lagi..
"isk..aku y buta it ni mu nk suh wat blog plak...xmau lar.." balas ummu fathi
" alah senang jer awak,saya blaja xsampai sehari pun leh siap ni..."
"k,nat la sy tgk kalu dan..wei da ada hero plak ni,mana lar nk dan.."
"alah hmpa watla sama2..abg awk kan ada.."
"k,nat i try kabo ke ye..

d pendekkan cerita ummu pn mengutarakan cadangan kepada abu nya..dengan pelbagai alasan,abu fathi pun "meregisterkan" diri dlm blogger..akhirnya lahirlah http://fathifadhilhusin.blogspot.com ini..

moral of the story, "masa itu ibarat pedang, kalau kita xmemotong,dia akan memotong kita" amik pepatah arab..