02 May 2009

BALIK KAMPUNG

Isra [24] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Minggu ni,kami pulang ke kampung lagi..asalnya plan untuk pulang slpas solat jumaat kerana niatnya pagi abah fathi ingin ke sekolahnya dahulu kerana ada perkhemahan tahunan sekolahnya..tapi selepas mendapat panggilan dari k.wan selepas solat subuh, terus kami bersiap pulang..akhirnya abah fathi hanya sempat call rakan sejawatan memohon maaf atas ketidakhadiran sahaja la nampaknya..dan dengar2nya, sekolah mereka akan ber"bekwoh" kambing tapi kami hanya mendengar cerita je lar..tidak dapat membantu memeriahkan suasana nampaknya..kami memohon maaf dari semua warga kerja skkk2..

sesampainya di rumah,aku sangat terkejut dan sedih..ayahanda terbaring tanpa bergerak sedikit pun..mata tertutup rapat..hanya mulut terbuka dan dada turun naik turun naik menarik dan menghembus nafas sahaja..sanak saudara datang menziarahi dan membacakan surah yasin dan surah ra'd xputus2..

masuk hari ini,dah 3 hari ayahndaku sedemikian rupa..
Ya ALLah...permudahkanlah perjalanan hidup ayahku..
aku xsanggup lagi melihatnya terseksa...  
Y a  Allah...ampunkanlah segala-gala dosanya Ya Allah...


2 comments:

ila nursalida said...

syafakallah utk cek mu...:(

FirJah said...

siannya cek.. moga Allah kurniakan yang terbaik utknya..
banyakkan berdoa utk ayahanda...