29 May 2009

kita hanya merancang....

rancangannya,esok 30 mei kami sekeluarga akan bertolak ke negeri pualau mutiara bersama rakan baikku untuk meraikan majlis kenduri kawen salah seorang rakan 5sekawan kami..n satu2 nya di antara 5 sekawan yang belum walimah iaitu fatimatul husni nawawi..

kami di jadualkan bertolak mungkin dalam tengah hari dari dungun,singgah di teratak Firjah,akan singgah di rumah bonda Kube Ike seketika n singgah umah bonda di Padang Luas ..dan meneruskan perjalanan terus ke utara tanah air...merancang untuk berehat dan bermalam di rumah mak cik Fitah(bonda Firjah) di Naka, Kedah..

keesokan harinya,perjalanan akan diteruskan ke rumah pengantin baru yang terletak di Sungai Dua, Buterworth dan akan berkumpul 5 sekawan di majlis walimahnya..akan berkumpul kami 5 sekawan setelah lebih kurang 3 tahun kami mebawa haluan masing2 selepas konvokesyen 2006...
kami sangat menanti2kan saat ini...firjah,fatanah,fatimatul husni,hikmatul mabruk dan ila nur salida bersama keluarga dan pasangan masing2...

tetapi,sehingga hari ini,suhu badan ahmad fathi fadhil masih lagi tinggi..sudah 2 hari hero kesayanganku demam..aku sangat mengharapkan agar heroku sembuh dan stabil esok..jika masih lagi xstabil..aku hanya mampu mendoakan dari kejauhan saja la nampaknya...kepada firjah aku belum memberi kata putus lagi..kerana aku memang sangat2 berharap fathi ku sembuh esok hari...

sudah pasti..segala sesuatu itu ada hikmahnya..hanya aku yang belum menemuinya kot...doakan kami..doakan hero kami..n doakan majlis reunion dan majlis walimah kawan kami...semoga segalanya dipermudahkan...

2 comments:

::: HaNiEs z.M.i ::: said...

salam tonah..lama aku tak membuka blog..hehe..wah..rumah mu dh berubah wajah ni..comey gitu =)

putera mu dh sihat?myb mu dh bertolak ke umah maton dh kot ni..nti letak gambar ye.nk tgk maton kawin ;)

Fatanah Fadhil said...

sory hanna..aku pun lam gk xupdate ni..jd xperasan plak mu ada tgl jejak..y pasti mu tgk doh gmbar2 toin kan..kwn2ku mendahului hehe