17 June 2009

kenangan coti2 malaysia...

akhirnya..baru ku berpeluang nk upload gmbar2 cuti2 malaysia ku..
saksikan yer...



memori kat lumut..juz duk tepi ni jer..xnek feri pun..tengok jer:)

saje g jejalan alang2 dah dekat..kami ke sri iskandar bermalam di umah kawan abah fathi Mihar..

pagi2 hari dah sampai kat mok jah Fathi kat UITM Perak..but xdan amik gmbar..Fathi tido lagi..

pastu saje2 g lumut..nk beli sotong bakar n baju t-shirt kenang2an kat fathi..












sebelum tu kat penang..abah fathi melepaskan kempunan yang sekian lama..menikmati char kue tiaw sany...kegemarannya masa zaman2 mengaji di usm dulu...












fathi dapat buah tangan lagi..dek kerana umi n abah x bape kuat untuk mengendong fathi 24 jam, umi n abah belikan fathi kete baru..niatnya beli kat penang ni sbb nk dapat murah...rupa2nya kat Trg lagi murah huhu...

dia hepi je memanjang...

asalnya demam sebelum bermusafir ni..but may be dia sangat suka nek keta..makin beransur2 sehat jadinya...





asal tujuan jalan2 ni sebab meraikan kenduri one of my 5 sekawan kawen..but sbb xbawak kamera n fathi xbape sporting,gambarnya umi xsemapat amik..juz menunggu belas ehsan kengkawan hantarkan..

nk tgk??klik sini n sini je la yer

15 June 2009

bekwoh..

sangat lama saya x meng'update' blog saya yer..tgk blog kengkawan jelesnya rasa..semuanya ada kisah2 terbaru yg menarik2...saya bukan tiada kisah cuma saya tiada kesempatan untuk mengetip2 di keyboard ini....

but,pagi ni,akan ku coba gagahkan tangan dan diri..but banyak sangat nk cerita..juz kita cerita ngan gmbo2 jer lar yer..

peristiwa n momen di sekitar bekwoh...


makan beradab


rombongan belarok..



majlis berkenal2an n boleh bunga telur..



hantaran kedua2 pihak..


hantaran yang masing2 teruja nk bowok hehe...



ragam anok beranok...



psss: khas buat tatapan mek ti yg xdpt meraikan bekwoh krn menjadi delegasi malaysia ke filipina:)

aku tidak terdapat di adlam gambar kerana aku hanya sempat tengok dlm keta jer..amad fathi meragam ngantuk huhu...

n gambar pun xbape comel sbb mu x dok huhu..niroh yang amik alih tugas..nasib baik ada kamera ajah jer..kalu x lagi xdok gmbo hehe...

29 May 2009

kita hanya merancang....

rancangannya,esok 30 mei kami sekeluarga akan bertolak ke negeri pualau mutiara bersama rakan baikku untuk meraikan majlis kenduri kawen salah seorang rakan 5sekawan kami..n satu2 nya di antara 5 sekawan yang belum walimah iaitu fatimatul husni nawawi..

kami di jadualkan bertolak mungkin dalam tengah hari dari dungun,singgah di teratak Firjah,akan singgah di rumah bonda Kube Ike seketika n singgah umah bonda di Padang Luas ..dan meneruskan perjalanan terus ke utara tanah air...merancang untuk berehat dan bermalam di rumah mak cik Fitah(bonda Firjah) di Naka, Kedah..

keesokan harinya,perjalanan akan diteruskan ke rumah pengantin baru yang terletak di Sungai Dua, Buterworth dan akan berkumpul 5 sekawan di majlis walimahnya..akan berkumpul kami 5 sekawan setelah lebih kurang 3 tahun kami mebawa haluan masing2 selepas konvokesyen 2006...
kami sangat menanti2kan saat ini...firjah,fatanah,fatimatul husni,hikmatul mabruk dan ila nur salida bersama keluarga dan pasangan masing2...

tetapi,sehingga hari ini,suhu badan ahmad fathi fadhil masih lagi tinggi..sudah 2 hari hero kesayanganku demam..aku sangat mengharapkan agar heroku sembuh dan stabil esok..jika masih lagi xstabil..aku hanya mampu mendoakan dari kejauhan saja la nampaknya...kepada firjah aku belum memberi kata putus lagi..kerana aku memang sangat2 berharap fathi ku sembuh esok hari...

sudah pasti..segala sesuatu itu ada hikmahnya..hanya aku yang belum menemuinya kot...doakan kami..doakan hero kami..n doakan majlis reunion dan majlis walimah kawan kami...semoga segalanya dipermudahkan...

18 May 2009

selamat hari guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam hari guru buat semua yang pernah mencurahkan ilmu buatku
terutamata guru2 tadika ku, guru2 sk Gong bayur (1989-1994), SMA Maarif Besut (1995-1997), SMA Sultan Zainal Abidin Batu Buruk (1998-1999), MCIIUM PJ(2000-2001), UIAM Gombak (2001-2006) dan IPKT (2007-2008)..

jua buat semua yang pernah mencurahkan ilmu buatku walau di mana berada...
terima kasih guruku..

02 May 2009

BALIK KAMPUNG

Isra [24] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Minggu ni,kami pulang ke kampung lagi..asalnya plan untuk pulang slpas solat jumaat kerana niatnya pagi abah fathi ingin ke sekolahnya dahulu kerana ada perkhemahan tahunan sekolahnya..tapi selepas mendapat panggilan dari k.wan selepas solat subuh, terus kami bersiap pulang..akhirnya abah fathi hanya sempat call rakan sejawatan memohon maaf atas ketidakhadiran sahaja la nampaknya..dan dengar2nya, sekolah mereka akan ber"bekwoh" kambing tapi kami hanya mendengar cerita je lar..tidak dapat membantu memeriahkan suasana nampaknya..kami memohon maaf dari semua warga kerja skkk2..

sesampainya di rumah,aku sangat terkejut dan sedih..ayahanda terbaring tanpa bergerak sedikit pun..mata tertutup rapat..hanya mulut terbuka dan dada turun naik turun naik menarik dan menghembus nafas sahaja..sanak saudara datang menziarahi dan membacakan surah yasin dan surah ra'd xputus2..

masuk hari ini,dah 3 hari ayahndaku sedemikian rupa..
Ya ALLah...permudahkanlah perjalanan hidup ayahku..
aku xsanggup lagi melihatnya terseksa...  
Y a  Allah...ampunkanlah segala-gala dosanya Ya Allah...


28 April 2009

ikim.fm

"temuramah LeGa dengan radio ikim.fm jam 5.15 - 5.45 petang ini (jumaat 17 Apriil 2009)

begitulah mesej sms ku terima dari  Pengasas ABR Mumtaz, tapi disebabkan aku sangat mengejar masa untuk pulang ke dungun petang itu kerana keesokan harinya(18 April 2009) ada kbs tahun3 di sekolahku, maka aku tidak dapat mengikutinya..aku hanya sempat menforwardkan mesej kepada rakan baikku sahaja untuk mendengarkan bagi pihak ku,...no telefonku diumumkan di udara kerana buat masa sekarang,aku satu2nya stokis bagi negeri Terengganu Darul Iman..

keesokan harinya, Pengasas ABR Mumtaz menelefonku bertanyakan sambutan pendengar..
malangnya tiada seorang pun yang menelefon atau sms ku...

nak tau apa itu LeGa???ini dia bisnessku sekarang..
.
batuk? selsema? mengantuk?letih minda?resdung?
hanya di sapu...berasaskan herba alam semulajadi
TANPA BAHAN KIMIA
sesuai untuk semua peringkat umur dan senang di bawa ke mana2...