21 December 2009

jalan2 ke kerteh part 2...

waa dah dekat seminggu baru sempat ku meng"update" smbungan ini hehe..ampun dipinta ye..maklumla dah sedia ada penyakit xberapa rajin ni tambah plak keadaan badan yang kurang bertenaga dan masa yang agak suntuk..macam2 alasanla kan hehe..

papepun, kita smbung skit lg ye misi jjcm ke mesra mall ni..kempunan plak klau xpost kat sni..sja2 sbg kenangan n nostalgia ku je..

xmau crita pnjg2 la..kita lyn gmbar je la..gmbr hsil 'ketikan' tgnku yg xsehebat rakan "mamarazi"ku yg skrg dah punya DSLR..tahniah rakanku...




berhenti makan petang..penat jjcm..tgk dlm tv iklan pizzahut ni mcm bes jer
order punya order tgk2 'kecik tuet n sikit peh' kata org trg...
tgk..fathi pun xcukup huhu..



ni habuan tuk fathi..
masa umi n abah kecik2 dulu xdk pun mainan2 camni...
tp demi tuk anaknda nan seorg ni, umi n abah melabur beli mainan tuk tingkatkan kreativiti arap2nya..




ni plak utk umi n abah...
dah lama xbeli buku..skali g MPH jamu2 mata ada yg berkenan plak..
tambah2 skrg tgh smgt nk berbisnes, beli la buku2 ttg bisnes..
ni kali pertama umi beli buku bhasa omputih lps2 grad ritu...huhu cipta rekod ni..
dah dekat sminggu baca tp baru smpai chpter 1 hehe..macam kura2 plak rasa...

tu saja yang d beli d sana..balik2 kira budjet smula tgk2 beratus2 jugak hbs...huh mau pening kalau jjcm gni sokmo ni..

setakat ni dulu ye..nk smbung baca buku omputeh ni sebaris dua..sikit2 lama2 jd bukitla kot hehe

11 December 2009

jalan2 ke kerteh..mesra mall..

setelah lama blog ini menyepi, arini terasa nk memperbaharui blog usang ni..bukan pape pun..juz nk buh entry baru takut dang berkulat blog ni hehe..n kisahnya juga kisah baru lar...baru semalam terjadi yer 10 Dis 2009..

sepanjang musim cuti sekolah,kami bercuti di kg halaman besut..tapi kemarin dulu(istilah org kg ku) rabu 9 Dis kami berangkat ke dungun..sbb stok barang era edar dah susut..tujuan nk tambah stok la, tp alang2 dah sampai sini, byk lar plak tujuan lain dan urusan2 yang nk di selesaikan...

n salah satunya, baiki/tukar tombol pintu gen2 yang dah tercabut..kete kan warna pelik dr biasa,jd susah lar nk dpt spare partnya..order kat proton servis sebelum cuti sek lg, tggu dorang call xcall2 pun..las2 smalam call dorang, kata stok dah smpai..so kami pun mnuju la ke proton servis kerteh tuk tukar tombol tu..t xdk warna oren gk..wrna hitam je..hitam pun hitam lar..asl leh buka n tutup pntu haha..

kejap je tkr tombol tu,selebihnya..jjcm lar..kami singgah kat mesra mall..sampai penat2 la kaki ku berjalan..tempat xla besar mana pun, tp aku xcukup kalsium kot..cpt ngat ponat ni huhu..
jom lyn gmbar2 ni lar..kbtulan pinjam kmera ngan adkku..leh lar snap gmbr hehe..



fathi n abah dpn TMC/ Giant mesra mall



fathi ngantuk bangat ni..dan gok lar ye tido setengam jam dlm troly ni hehe..
ye dah besar rupanya..xmuat troli doh..berlipat kaki dia..nk angkat kan sedar, nangis plak..
sian plak heroku ni..



dah lapo la..tgk iklan pizza dlm tv..terasa nk plak..
ni duk tggu order lar..
fathi siap duk gendang2 meja ngan garpu n sudu yer...



pizza dah smpai..
jom mkn..

rest dulu ek..lapo dh ni..fathi pn dh jaga..umi pun nk sarapan ni..
kalu ada msa,nanti smbung blk ye..tgguuu....

09 December 2009

20 November 2009

pau ahmad

pernahkah rakan2 melihat atau membeli serta memakan pau ahmad? pau ini senag di dapati di stesen2 minyak petronas..saya selalu melihatnya dan mujur xpernah membelinya lagi...saya pernah mendapat email mengatakan pau ahmad ini sebenarnya tokey nya adalah org cina..so saya pun search web pau ahmad..betul lah apa yg di kata..huhu

dan hari in, sekali lg saya terbaca satu artikel mengatakan pernah ada dokumentari dlm ntv7 berkenaan pau ahmad ni...
ni saya copy n paste dari http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=414....
jom sama2 kita baca..




"
pau-ahmadSalam.. saja nak share..

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M’sia ni..
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..



Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M’sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.
Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam…

Ntah la.. rasa nak marah pun ada… rasa tertipu pun ada… tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M’sia ni mmg pengasasnya Cina.
So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti…

TQVM..

PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.

Tipah Tertipu daaa…., nasib baik tak suka makan pau….

P A Food Sdn Bhd

2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886
Managing Director
Mr Ding Hong Sing
Finance Director
Ms Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns, Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls, Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

Post asal: http://www.isuhangat.net


huhu...kesian dgn kita yer..byk yng kita xtahu...moga2 kita terlindung n terpelihara..

08 November 2009

pembaziran...

saya memetik isi kndungan ini melalui email yang saya terima..jom kongsi bersama...


Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

  1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
  3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
  4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
  5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
  9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

26 October 2009

coklat crispy haram???



saya teringat zaman saya kanak2..zaman sekolah rendah...apabila sekolah mengadakan lawatan sambil belajar n rombongan berhenti ke pusat2 membeli belah, saya sangat suka membeli coklat ini..maklumlah masa dulu2 di kg halaman saya kurang ada pusat membeli belah dan agak sukar untuk saya dapatkan coklat ini..tambahan pula harganya boleh tahan la..bagi saya pada masa itu,nak ada rm2.00 di tangan pun agak susah dan bila masa2 nk menyertai rombongan sahaja bonda saya memberikan wang saku sebegini jumlahnya..seingat saya jumlah biasa bonda memberikan wang saku ketika menyertai lawatan hanyala rm10 -rm20 shaja...jadi, hanya time2 lawatan begini sahajala saya ada peluang untuk membeli coklat ini..saya sangat suka akan rasanya yang crispy itu..

tetapi, hari ini sedang saya melayari alam maya ini,tetiba saya terbaca artikel ini..jom kita kongsikan bersama..saya hanya memetik sahaja...

Saya mendapat email mengenai keraguan pembaca mengenai coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam.

Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.

Saya googling dan mendapati E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. E476 Coklat Crispy ni ambil dari mana ya?

Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

p/s : dipetik dr http://isuhangat.blogspot.com

kita sudah punya banyak pilihan sekarang..jadi pilihla barangan buatan yang kita tahu dan yakin kehalalannya..moga kita tergolong dalam golongan yang terpilih dan terpelihara i.Allah..

20 October 2009

salam rindu...

salam rindu buat buat semua teman2 blogger...
sudah bersawang nampaknya umah ni ek..
ampun maaf dipohon kerana sudah lama berehat dari mencoret di sini..
bukan tiada idea n cerita untuk dikongsi tetapi tiada mood rajin jer..
mintak maap mintak ampun yer...
i.allah dah datang mood ajin,kita berkongsi kisah yer hehe...

05 October 2009

salam lebaran


Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini


p/s : berganda2 ampun dan maaf dipohon kerana terlewat menyampaikan wish ini...

27 August 2009

aksi2 heroku...



sempat jumpa thaqif n umi n abinya..walaupun seketika cuma...
cukuplar sekadar bual2 kosong...



ni aksi manja dalam keta..dah lama pun amik ni cuma baru sempat tempek jer...
like son like father ke like son like mother ni???



hehe lastly..ni gambar selepas fathi blik semayang terawih..
wat terawih kat surau arwah cek sebelah umah bonda...

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DARI KAMI SEKELUARGA...
MOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA BUAT KITA SEMUA..

15 August 2009

saya cemburu...

saya sangat cemburu...
cemburu dengan rakan2 saya yang sangat rajin meng'upload' blog mereka..
mereka selalu sajaa ada en3 n kisah2 menarik untuk di kongsi...
ini sangat bagus kerana saya boleh tahu perkembangan n kejadian2 mereka...
tapi saya tetap cemburu kerana saya xberkesempatan menjadi seperti mereka...
sehinggakan saya merasakan bahawa saya tiada kisah n cerita untuk di kongsi..
merasa tiada idea untuk berceloteh n mengarang seperti mereka...
pada hakikatnya saya sangat ingin mencoret di laman ini setiap hari...
tetapi entah di mana silapnya..
bukan di sini sahaja saya x berkesempatan mencoret...
di laman e-kedai ku juga tidak sudah lama ku x terjengah..
nasib baik suamiku yang sangat penyabar ini tlg jengahkan n melayan costumer mewakilkanku...

walaupun saya sangat mencemburui kerajinan mereka tapi saya mengkagumi mereka..beribu2 tahniah buat rakan2ku....
firjah, ilanur,nafastari,wirkab dll yang xtersebut...

juga tahniah buat rakanku afida ayu di atas pembukaan blog nya...





08 July 2009

sudah 2 tahun berlalu...

pejam celik pejam celik...rupanya sudah 2 tahun berlalu...
semalam 07072009 genaplah sudah dua tahun umur perkahwinan kami...terasa sangat cepat masa berlalu..tapi itulah hakikatnya...sudah dua tahun kami melayari kehidupan yang penuh bahagia ini...alhamdulillah...doa kami semoga kebahagiaan dan keberkatan akan terus melimpahi perhubungan kami..aminn...

ni dia kronologi2 peristiwa bersejarah kami...

27 April 2007 - rombongan merisikbertandang 3buah kereta..
18 Mei 2007 - cincin di sarung tanda dah ditunangkan..
07 Julai 2007 - akad nikah berlangsung...Fatanah & Fadhil disatukan....
04 Ogos 2007 - Majlis kenduri di kg kubang ikan...
25 Ogos 2007 - kenduri menyambut menantu di kg Padang Luas...

berlalu tahun 2007 hanya banyak di jalanan..perjalanan ulang alik abah fathi dari Melati(tempat berkhidmat dahulu) ke K.Trg mengambil masa 5-6jam..n kekadang umi yang pegi sana..nek bas..sampai kuantan jer..pastu berjemputla...

tanpa honeymoon ke tempat2 yang lebih specifik sbb bagi kami kat Melati n Bukit nanas, k.trg tu pun dah jadi honeymoon dah hikhik...sebenarnya xde masa sebb masa cuti sekolah umi kena masuk maktab...

24 feb 2008 - +ve urine test...alamak..masih dalam pantang ni kerana umi masih dalam praktikum maktab..terpaksa disembunyikan dari pengetahuan umum..hanya org2 istimewa sahaja mengetahui...
05 Julai 2008 - praktikum n segala pengajian di maktab dah tamat..alhamdulillah...
07 Julai 2008 - ulang tahun PERTAMA perkahwinan kami..hadiah yang tidak ternilai kami dapat...umi dapat posting di SK batu 48, Dungun n abah dapat tukar ke SK kEtengah Jaya 2...alhamdulillah menyewa di balai besar, Dungun..
18 Oktober 2008 - ahmad Fathi fadhil dilahirkandi Hosp K.trg

tahun2008 berakhir dalam pantang lar jawabnya...

dan tahun ini..07 Julai 2009 datang lagi....ahmad fathi dah pun 8bulan+...
alhamdulillah..syukur tidak terkira di atas nikmat berkat dan bahagia anugerahNya...

17 June 2009

kenangan coti2 malaysia...

akhirnya..baru ku berpeluang nk upload gmbar2 cuti2 malaysia ku..
saksikan yer...



memori kat lumut..juz duk tepi ni jer..xnek feri pun..tengok jer:)

saje g jejalan alang2 dah dekat..kami ke sri iskandar bermalam di umah kawan abah fathi Mihar..

pagi2 hari dah sampai kat mok jah Fathi kat UITM Perak..but xdan amik gmbar..Fathi tido lagi..

pastu saje2 g lumut..nk beli sotong bakar n baju t-shirt kenang2an kat fathi..












sebelum tu kat penang..abah fathi melepaskan kempunan yang sekian lama..menikmati char kue tiaw sany...kegemarannya masa zaman2 mengaji di usm dulu...












fathi dapat buah tangan lagi..dek kerana umi n abah x bape kuat untuk mengendong fathi 24 jam, umi n abah belikan fathi kete baru..niatnya beli kat penang ni sbb nk dapat murah...rupa2nya kat Trg lagi murah huhu...

dia hepi je memanjang...

asalnya demam sebelum bermusafir ni..but may be dia sangat suka nek keta..makin beransur2 sehat jadinya...





asal tujuan jalan2 ni sebab meraikan kenduri one of my 5 sekawan kawen..but sbb xbawak kamera n fathi xbape sporting,gambarnya umi xsemapat amik..juz menunggu belas ehsan kengkawan hantarkan..

nk tgk??klik sini n sini je la yer

15 June 2009

bekwoh..

sangat lama saya x meng'update' blog saya yer..tgk blog kengkawan jelesnya rasa..semuanya ada kisah2 terbaru yg menarik2...saya bukan tiada kisah cuma saya tiada kesempatan untuk mengetip2 di keyboard ini....

but,pagi ni,akan ku coba gagahkan tangan dan diri..but banyak sangat nk cerita..juz kita cerita ngan gmbo2 jer lar yer..

peristiwa n momen di sekitar bekwoh...


makan beradab


rombongan belarok..



majlis berkenal2an n boleh bunga telur..



hantaran kedua2 pihak..


hantaran yang masing2 teruja nk bowok hehe...



ragam anok beranok...



psss: khas buat tatapan mek ti yg xdpt meraikan bekwoh krn menjadi delegasi malaysia ke filipina:)

aku tidak terdapat di adlam gambar kerana aku hanya sempat tengok dlm keta jer..amad fathi meragam ngantuk huhu...

n gambar pun xbape comel sbb mu x dok huhu..niroh yang amik alih tugas..nasib baik ada kamera ajah jer..kalu x lagi xdok gmbo hehe...

29 May 2009

kita hanya merancang....

rancangannya,esok 30 mei kami sekeluarga akan bertolak ke negeri pualau mutiara bersama rakan baikku untuk meraikan majlis kenduri kawen salah seorang rakan 5sekawan kami..n satu2 nya di antara 5 sekawan yang belum walimah iaitu fatimatul husni nawawi..

kami di jadualkan bertolak mungkin dalam tengah hari dari dungun,singgah di teratak Firjah,akan singgah di rumah bonda Kube Ike seketika n singgah umah bonda di Padang Luas ..dan meneruskan perjalanan terus ke utara tanah air...merancang untuk berehat dan bermalam di rumah mak cik Fitah(bonda Firjah) di Naka, Kedah..

keesokan harinya,perjalanan akan diteruskan ke rumah pengantin baru yang terletak di Sungai Dua, Buterworth dan akan berkumpul 5 sekawan di majlis walimahnya..akan berkumpul kami 5 sekawan setelah lebih kurang 3 tahun kami mebawa haluan masing2 selepas konvokesyen 2006...
kami sangat menanti2kan saat ini...firjah,fatanah,fatimatul husni,hikmatul mabruk dan ila nur salida bersama keluarga dan pasangan masing2...

tetapi,sehingga hari ini,suhu badan ahmad fathi fadhil masih lagi tinggi..sudah 2 hari hero kesayanganku demam..aku sangat mengharapkan agar heroku sembuh dan stabil esok..jika masih lagi xstabil..aku hanya mampu mendoakan dari kejauhan saja la nampaknya...kepada firjah aku belum memberi kata putus lagi..kerana aku memang sangat2 berharap fathi ku sembuh esok hari...

sudah pasti..segala sesuatu itu ada hikmahnya..hanya aku yang belum menemuinya kot...doakan kami..doakan hero kami..n doakan majlis reunion dan majlis walimah kawan kami...semoga segalanya dipermudahkan...

18 May 2009

selamat hari guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


salam hari guru buat semua yang pernah mencurahkan ilmu buatku
terutamata guru2 tadika ku, guru2 sk Gong bayur (1989-1994), SMA Maarif Besut (1995-1997), SMA Sultan Zainal Abidin Batu Buruk (1998-1999), MCIIUM PJ(2000-2001), UIAM Gombak (2001-2006) dan IPKT (2007-2008)..

jua buat semua yang pernah mencurahkan ilmu buatku walau di mana berada...
terima kasih guruku..

02 May 2009

BALIK KAMPUNG

Isra [24] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Minggu ni,kami pulang ke kampung lagi..asalnya plan untuk pulang slpas solat jumaat kerana niatnya pagi abah fathi ingin ke sekolahnya dahulu kerana ada perkhemahan tahunan sekolahnya..tapi selepas mendapat panggilan dari k.wan selepas solat subuh, terus kami bersiap pulang..akhirnya abah fathi hanya sempat call rakan sejawatan memohon maaf atas ketidakhadiran sahaja la nampaknya..dan dengar2nya, sekolah mereka akan ber"bekwoh" kambing tapi kami hanya mendengar cerita je lar..tidak dapat membantu memeriahkan suasana nampaknya..kami memohon maaf dari semua warga kerja skkk2..

sesampainya di rumah,aku sangat terkejut dan sedih..ayahanda terbaring tanpa bergerak sedikit pun..mata tertutup rapat..hanya mulut terbuka dan dada turun naik turun naik menarik dan menghembus nafas sahaja..sanak saudara datang menziarahi dan membacakan surah yasin dan surah ra'd xputus2..

masuk hari ini,dah 3 hari ayahndaku sedemikian rupa..
Ya ALLah...permudahkanlah perjalanan hidup ayahku..
aku xsanggup lagi melihatnya terseksa...  
Y a  Allah...ampunkanlah segala-gala dosanya Ya Allah...


28 April 2009

ikim.fm

"temuramah LeGa dengan radio ikim.fm jam 5.15 - 5.45 petang ini (jumaat 17 Apriil 2009)

begitulah mesej sms ku terima dari  Pengasas ABR Mumtaz, tapi disebabkan aku sangat mengejar masa untuk pulang ke dungun petang itu kerana keesokan harinya(18 April 2009) ada kbs tahun3 di sekolahku, maka aku tidak dapat mengikutinya..aku hanya sempat menforwardkan mesej kepada rakan baikku sahaja untuk mendengarkan bagi pihak ku,...no telefonku diumumkan di udara kerana buat masa sekarang,aku satu2nya stokis bagi negeri Terengganu Darul Iman..

keesokan harinya, Pengasas ABR Mumtaz menelefonku bertanyakan sambutan pendengar..
malangnya tiada seorang pun yang menelefon atau sms ku...

nak tau apa itu LeGa???ini dia bisnessku sekarang..
.
batuk? selsema? mengantuk?letih minda?resdung?
hanya di sapu...berasaskan herba alam semulajadi
TANPA BAHAN KIMIA
sesuai untuk semua peringkat umur dan senang di bawa ke mana2...

25 April 2009

alhamdulillah...

alhamdulillah, setelah 4 hari fathi demam,sekarang dah sehat seenuhnya..rupa2ya dia demam campak ritu..skrg dah ok alhamdulillah..siap kena cocok ngan misi dah pun minggu lps..cocok untuk bulan yg ke5(walaupn skrg fathi dah 6bln+..) alhamdulillah gk,lps cocok tu dia xdemam..hero kan kena kuat..kata abahnya.
.

08 April 2009

heroku demam..

setelah berbulan2 fathi tidak mengunjungi klinik, smalam aku membawa fathi ke Klinik Desa Sura, Dungun ni dengan niat untuk mendapatkan injection untuk bulan yg ke5...but xtau mcm mna meci tu kira,dia kata fathi xcukup lg 5bulan..xle inject lg la..lg 2minggu bru dtg balik..dia pesan..aku pun terima jer bulat2 kata meci tu..kami pun balik semula..fathi ku hantar ke rumah pengasuh ( ops xkabo lg yer..fathi dah seminggu duk ngan pengasuh..cik nah nama nya..tinggal kat berek polis dungun ni..dekat jer dari umhku on the way ke sekolahku jer...) dan aku terus ke sekolah...

pulang dari sekolah ku terus ambil fathi..c.nah kabo fathi rini badan panas jer..ssu pun xminum,biskut pun mkn mcm xmkn jer ( baru 2 hari fathi mula makan biskut yang rendam ssu tu..sehari habisla sekerat..)masa aku sampai fathi ngah tido dlm buai..sbb dah lewat aku angkat jgk fathi bwk turun(umhnya tingkat 3 tau..tiap2 hari umi kena bersenam sekarang...)

masuk dlm keta, fathi terjaga..but dia mmg suka duk dlm keta..senyap jer dia duk dlm car seatnya..smpai jer umh, dia diam lagi but dia xnak duk bawah dah..kena riba n dukung lar..mmg bdnnya panas semacam...semalamn dia mintak di dukung jer..abah bergegas kuar ke bby centre dungun carikan cool fever..kami pakaikan kat dahi fathi but panasnya ttp sama..umi dan abah bergilir2lar mendukung..maklumlar fathi dah 7.8kg tau sekarang..kul 10 baru dia tido..tp tido pun xnyenyak spt biasa..kul 11 jaga balik..dia xnangis asyik tersenyum jer tapi nk kena dukung lar..n kul 1 kami ulit fathi tido..alhamdulillah setelah kenyang dia menyusu badan,dia boleh tido seperti biasa..

but, biasanya pagi dia akan nyenyak tido sampai jam 9 or 10 but rini kul 630 dah jaga..tapi dia diam jer..mata jer "bulat getey"..badannya masih panas..lps solat subuh, aku menelefon bonda di kg..tanya keadaan ayahnda n ceritakan keadaan fathi..pesan bonda ..."mandi anak ngan air suam deh, pahtu nat time rehat ptg katrang balikla nyusu anak tu.."

lantas aku panaskan air dan terus mandikan fathi...alhamdulillah llps mndi dan nyusu, fathi tido semula..dan aku pun bersiap sedia dgn pakaian utk dibasuh n dijemur...n sempatlar jgk ngadap tenet sekejap..


doakan moga her0ku mampu mlwan virus demam dlm badannya dengan segera yer...
but alhamdulillah ptg tadi ok jer..siap g jln2 tepi pntai teluk lipat lagi..


tapi mlm ni...dia demam lagi..pagi tadi sempat search tenet..n dapat petua basahkan kepala ngan air asm jawa..so mlm ni basahlah kepala n bantal fathi ngan air berubat ni..bila air kering skit jer,terus merengek..cian puteraku...

06 April 2009

aku dan Mesyuarat PIBG ....

minggu ini merupakan minggu yang teramat pantas masa berlalu ku rasakan..niat nya selepas kelas lingkungan jam 630 pm,nk terus pulang ke kg halaman kerana aku baru mendapat athu pagi tadi bahawa ayahnda ku telah diserang strok..tetapi terpaksa ku tangguhkan kerana besoknya sekolah cemerlangku SKBT 48 ada mesyuarat agung pibg kali ke 28..

dan yang tersangat membuatkan aku terpaksa menghadirkan diri ke mesyuarat agung tu kerana aku telah di amanahkan menjadi juruacara majlis...mak aii..bukan nya terasa berat dan susah nk buka dan tutup majlis tapi terasa berat nk g jumpa GB nk mitak excuse untuk pulang tgk ayahnda..sbb GB ku tersangatlah tidak suka dengan situasi2 sebegini..dipendekkan cerita ku teuskan juga menjadi MC untuk majlis yg gilang gemilang ni..mana xgemilangnya, siap YB turun tu..YB Tuan Haji Matulidi Ahli Parlimen Dungun..nanti aku ku sertakan pic2 pada hari kejadian..lmbat skit sbb ada ngan rakan2ku..

dapat sponsor 30 hamper dari YB dan juga sumbangan RM3000..

masuk ni dah 2 kali aku jd mc di sekolah..rakan2 sejawatanku di sekolah ramai berseloroh..."ai dapat jawatan tetap dan berpencen dah nampaknya"..isk biar betul..xkan lepas ni aku kena sokmo kot..dolu2 semasa di alam universiti aku sering terasa gembira bila leh jadi Mc but now baru aku perasan jadi Mc ni yang paling xbestnya kena mai awal la dan kena tunggu program abihlar jawabnya..waa boringnya...

bila balik bercerita ngan somiku, dia mengulas ..." haa tu lar... ari tu abg royat doh,watlah gagap2 ker masa pegang mic tu,mesti org x bagi jd MC dah..." ai abg ni pun ingat senang ker nk wat2 gagap ni..jawabnya lepas ni aku kena cuba amalkan nasihat somiku ni hehe...

but, papepun sekalung tahniah wat warga SKBT 48, Dungun kerana berjaya mengendalikan majlis mesyuarat PIBG pada 3 April 2009 baru2 ni..semua nya mantap di mata ku walaupun bekerja dalam tekanan hehe.."bertenang bertenaaang..." kata penyelia petang SKBT 48..

01 April 2009

seindah sebutan...

AHMAD FATHI FADHIL
AAmanah
HHarum
MMesra
AAlim
DDinamik
FFleksibel
AAbadi
TTulus
HHarum
IIkhlas
FFleksibel
AAsli
DDedikasi
HHarum
IIdealistik
LLemah-lembut
Apa ada pada nama?


doa kami semoga ahmad fathi fadhil akan menjadi seindah sebutan dan seindah makna yang tersirat insyaALLAH...penyejuk mata ummi dan abah..
amiinn..

21 March 2009

khas buat tatapan wanie....

specially dedicated to wanie (x-student abah fathi dolu2..) yg kini berada jauh nun di rantauan new zealand...




majlis akad nikah 070707....


gambar kenang2an di majlis perkahwinan ummi n abah fathi..040807


Sekarang dh ber3... ahmad fathi fadhil bin mohamad fadhil....



18 March 2009

nursery ke pengasuh umah org...

minggu ni, cula mengambil keputusan untuk sambung bljar smula..setelah result spm nya kurang memuaskan baru2 ini..sangat mendukacitakan bagi kami kerana selama ini dia sangat membantu kami menjaga fathi ketika kami berkhidmat untuk anak bangsa..

awalnya, niatku untuk membantunya mencari kursus2 atau kemahiran2 untuk dia sertai memandangkan aku melihat potensinya kearah akademik yang memerlukan banyak pembacaan dan teori sangat rendah...tapi rupa2nya dia masih lagi kuat untuk menyambung pelajarannya dan ingin masuk ting 6.

maka,hari ini bermulalah episod baru yang agak sukar buat kami..iaitu mencari pengasuh baru untuk fathi...bondaku n cula sendiri mencadangkan supaya fathi di tinggalkan saja di kg halaman tapi bagiku bukan mudah untuk berjauhan degan permata hatiku ini..biarlah kami bersusah2 sedikit asalkan fathi sentiasa dekat di mata kami..

sekejap lagi,akan ku cuba call kak sejawatanku krna dulu(sebelum bersalin) dia pernah meng'offer'kan mak sedaranya untuk menjaga bby ku..tapi risau juga sbb awal tahun baru2 ini,terdengar dia mengatakan bhwa mak sedaranya xnk jaga bby y sdg mrangkak..but fathi blum merangkak lagi..baru belajar meniarap je..harap2 adala rezki kami..

but, kalu xde rezki ngan mk sdra rakanku maka terpaksala fathi ke nursery..yang seboleh2nya cuba kami elakkan..krana tersangat ramai rakan2 di sekelilingku menasihati untuk cuba mengelakkan nursery ni..

n satu lagi pilihan terakhir..mengambil n menjemput bonda mertuaku d kg halaman untuk datang ke teratak kami..

maaa...bukan senang nak senag rupanya ek..doakan kami semoga mendapat yang terbaik untuk fathi..amiin...

15 March 2009

percutian hujung minggu...

hari cuti dah bermula buat kami yang bergelar cikgu cikgi..but bg kami macam xbercuti mana pun sbb hari selasa abah fathi dah ada kelas tambahan..selasa n rabu kls, khamis exam ptk n jmaat plak sek ummi plak ada meeting guru huhu...calon2 guru cemerlang lar ari jmaat pun berkhidmat...


but dalam byk2 jurney..perjlnan pulang ke kg pada minggu lps adalah yg paling santai bagi kami...balik kg untuk menjemput bonda untuk menjaga fathi kerana Cula mohon cuti untuk melihat keputusan SPM nya..

perjalanan bermula pagi jumaat..
9pg - bertolak dari balai besar ke kg halaman
10.30 - berenti sarapan nasi kerabu ayam di taman msjid terapung
11.00 - berenti mandikan fathi di masjid bari...
1.00 - tiba di kg halaman:)

sedikit nostalgia indah untuk kenangan kami bersama...




with luv...

fathi n family..

07 March 2009

promo.....promo....





juz 4 info rakan2..

i juz became a new stokis of Muslimah Shop produk... pengedar di perlukan...up to 30% less untuk pengedar..

skrg ngah wat promosi pembukaan..untuk kwn2 nk order i.allah harga menarik akan diberikan:)

antara produk2 nya ialah : minyak biji anggur, jus kismis, gel habbatus sauda n minyak kelapa dara..

untuk khasiat n kegunaan lanjut klik sini ..

hehe bljr2 berniaga smbil2 makan sndiri..blhla join sesaper berminat:)





01 March 2009

minda bisness...

semenjak 2 menjak ni ku rasa sangat berminat dengan alam bisnes mem"bisness" ni..dan aku agak ketagihan (haha istilah yg agk keterlaluan kan..) dengan tips2 bisness dari millionare2..terutama mr irfan khairi..

ni salah satu yg ku petik dari laman nya..

Peluang untuk berjaya bertambah apabila percubaan bertambah. Cuba berbagai-bagai kaedah untuk membangunkankan perniagaan anda. Mungkin ada kaedah yang tidak dapat dugunakan. Mungkin ada kaedah yang anda akan jumpa membawa kepada kejayaan!


lagi banyak tips...klik ajer

tahniah buat rakanku..

sekalung tahniah kami ucapkan buat rakanku Noor Afida Ayu Mamat dan abibnya C.Hasan Mohammad kerana telah dikurniakan seorang putera seberat 3.35kg pada jam 11.15pm 25 Feb 2009..

alhamdulillah kami sempat singgah menjumpai mereka ketika dalam perjalanan pulang dr kg halaman ke Dungun jam 4.30 kelmarin..tapi aku hanya melihat sekali imbas jer putera sulung mereka kerana baby nya kena tahan wad lagi sbb kuning..aku blh tengok pun sbb curi2 masuk dalam wad tu..siap kena marah ngan nurse lagi huhu..

apa2pun ku doakan moga puteranya cepat sembuh dan blh kuar wad cepat...amin..

15 February 2009

aku,dulu kini dan ....

cepatnya masa berlalu..dah dekat sebulan aku xupdate blog ni rupanya..masa 24jam rasa mcm 2jam je sehari2..rutin harian xla sesibuk mana tapi realitinya aku rasakan sgt sibuk sekali..sesekali terfikir plak nk jd "pangurus rumahtangga" sepenuh masa hehe..tp situasi x mengizinkan lagi..

hari ini ku cuba jua memenuhi permintaan rakan2ku untuk menjawab tag mereka..kalau ada terlebih terkurang ku menyusun sepuluh jari mohon ampun dari semua yer...

1.aku sedikit lambat dlm dunia it ni..jd tag ni pun aku agk pening gk awal2 ni rupanya xla sepayah mana pun.my be aku xdan baca molek sgt kot cara2 dia..nsib baik somiku seorg y agk bijaksana dlm dunia it ni..n dengan belas ehsan dan penuh ksh syg dia jugakla lahirnya blog fathifadhilhusin ni.ambo reti taip jer hehe

2.bersyukur yg amat kerana d anugerahkan seorang suami y sgt hensom:) n baik hati...indah sungguh rupanya percintaan slps perkahwinan..kami berkahwin pada 070707 atas pilihan keluarga dan dengan hanya 4 kali jumpa..first time merisik, 2 kat Mydin Mall dgn belangku Jah msa ni dah tunang tp muka dia pun aku xcam lg sebenarnya, 3 kat SK Bukit Nanas amik borang nikah n 4 kat umh Kube Ike ata borang nikah..tunang 3bulan jer pahtu kwin.tq syg 4 being my hero n my luv..

3. bersyukur kerana telah pun nek pangkat menjadi ummi..anugerah yang tidak terhingga dengan kelahiran ahmad fathi fadhil bin mohamad Fadhil pada 18 Oktober 2008 d Hosp Kuala Trg..tp kekadang rasa mcm xpercaya jer dah ada ank rupanya diriku..kekadang aku tersasul membahasakan diri moknah (pgglan dari ank2 sedaraku) kepada ank sndiri..

4."faberet" ku dari dulu sampai skrg ialah tido..kat mna2 jer aku blh tido..dlu msa dlm study,msuk kls rasa mcm nk bw bntl jer..kl travel plak rsa mcm tido dlm buai jer..n y plg x ku sangka2 rupa2nya tabiat suka tido ku sgt kritikal sehinggakan msa kt labor room pun aku aku tertido..sampai kena jerkoh ke misi n doktor..hehe...but now hobiku ini terpaksa ku kurangkan krna fathi selalu kcau lar..

5. selalu bertangguh keje..dari dulu sampai skrg msh xberubah2..pyahlar rupanya nk kikis sifat ni...

6. sangat payah untuk punctual..selalu last minit jer..ni pun payh gk..klu nk buat awal2 rasa macam skema jer hehe last2 terlambat..

7. si tenang..haha gelaran yang di peroleh masa kursus kat maktab.ezi, k,nor dah jah yang menggelarkanku begitu..but 4 me, xsemudah yang di gelar..org luaran nmpk mcm tenang tapi dalam hati penuh debaran sebenarnya..assgmnt xsiap,study xabih,kls msk lmbat...semua org nampak tenang tapi dalam hati ni kalut n berdebar yang amat..tuhan jer tahu masa tu...

8. sgt sensitif..hehe terutama dgn org2 yang rapat esp somi tersayang..silap suara dia kuat sikit jer, dada terus rasa sebak dan mata pun bertakung..xkira tempat dan waktu n xboleh di kontrol lagi..ngan kwn2 ssh skit nk nangis tapi bila dah kecik ati mula amik pendekatan untuk menyepikan diri buat sementara..

9. penah berjauhan dengan suami dan keuarga selama setahun..suami di pahang,family d besut dan aku keseorangan menetap d kuarters sk bukit nanas.

10. hadiah anniversery yang pertama dan paling bermakna ialah dpt tukar sekolah dan menetap di dungun bersama suami..reposting jQAF di sk Batu 48 pada 07072008..dan suami pun dah ngajar kat dungun gk..alhamdulillah..

11. pngalaman pertama bergelar seorag ibu..kena gelak dengan misi kat wad sebab pakaikan lampin kat fathi terbalik..maklumlah sebelum ni xpenah pakaikan lampin kat bby..ank sdara ramai tapi aku xpenah palk berminat nk tahu sebelum ni...

12. kurang pandai memilih..penah tersalah beli baju girl untuk fathi ku..nampak lawa terus amik jer..aku pakaikan jugak kat fathi walaupun nmpk mcm girl..sbb fathi xckup baju..baju yg newborn dia blh pkai sampai sebulan jer lps 2 dah xmuat..aku xbeli byk sbb bdn dia cpt naik..

13. dulu xpenah beli brg2 branded..rasa mahal n rugi sbb brg murah ada..but now dah kawin dgn "branded man" (kata Jah mengulas sifat suamiku hehe) nk beli brg pun dah tgk2 jenama dan banding hrga jgk lar..sbb kata suami ku harga mahal pun blh guna lama..lagi jimat...betul juga..tapi kdg2 tertipu jgk..hrga mahal tapi xde kualiti..nasibla badan

14. sdg berbisnes kecil2an..kami ingin mencuba nasib dan berusaha untuk mengamalkan sunnah nabi iaitu berniaga..kami baru membuka outlet ERAEDAR di besut..ahli keluarga byk membantu..k.wan,k.zah,k.ros,k.ti dan eyu dah jdi pengedar yang aktif..alhamdulillah selain kami boleh tambah duit poket kami,boleh jugak aku memmbantu tambah duit poket kakak2 ku..eyu pun aktif gk..kwn2nya order examo 20 kotak sekali order..rakan2 yang ingin membeli dan menjadi pengedar bolehla hubungi kami..i.allah ada less special untuk kwn2:)

15. sdg berusaha untuk memulihkan kembali kesihatan..masih terasa sakit2 urat slps bersalin ritu..selalu xingat nk makn ubat..bertenang sangat ni la akibatnya..

16. rasa macam nk balik kg tiap2 minggu jer tapi prog penuh plak hujung2 minggu ni..kbs 3minggu turut2..n i.allah 2minggu lagi kami akna balik jua walaupun sehari..untuk hantar stok ERAEDAR dan menziarahi ayahnda ku yang kini sedang sakit..ku doakan moga ayahndaku tabah dan kuat menghadapi dugaan..

17. rasa byk lagi nk tulis tapi ckup lar dulu...xmsk lagi ni nanti xdan plak kul 12 nk g sek hehe..lain hari lain ketika kita share lagi..dulu kini dan akan datang xsemestinya sama kerana hidup kita penuh dengan warna warni..apa yang kuharapkan semoga org2 yang berada di sisiku xkira dekat dimata atau dekat dihati akan sentiasa ku sayangi dan mereka juga sentiasa menyayangiku dulu,kini dan selamanya..

tq ila sudi tag diriku..n sorry amik masa yang amat pnjg untuk memahami n menjawab..

16 January 2009

BALIK LAGI..

minggu ni kami sekeluarga pulang ke kg halaman lagi..minggu lepas dah balik..minggu ni balik plak..terkejut bondaku bla dia tepon smlm dan tahu aku dah pun berada di Gong Badak..
" ai balik pulok??.."terkejut dan mungkin gembira..ibu mana yang tidak gembira anak selalu pulang kan..bukannya dekat dungun dan besut ni.makan masa dekat 3jam perjalanan jugak..dahla aku bersekolah sesi petang,kul 630 petang baru balik..dekat kul 7 malam baru kamibertolak..tu pun dengan bantuan Cula Fathi untuk mengemaskan dapur dan barang2...kerana kepulangan ini sebenarnya tidak disangka2...kul 4 petang baru somiku memberitahu untuk pulang ke kg...selepas mendapat order dari agen kami hehe..kakak kesayanganku k.wan..rakannya order salindah, examo dan Matsa..niat nk balik mggu dpn bersempena cuti raya cina jer tapi dah ada pelanggan ni, kena balikla..lagipun leh luangkan masa hjung minggu fathi ngan nenek2 dan sedara mara..
untung jugak buka outlet kat kg ni,serampang 2 mata lar..untung berniaga tu ada lar sikit2,baru start kan..dan yang untung besarnya leh jmpa ayahbonda lar..
ni la hikmah terbesar yang aku nampak dari terhasil nya outlet ERAEDARBESUT sejak Jan lalu..walaupun kepenatan, tapi bila dah sampai kg halaman,hilang semuanya..melihatkan bonda yang kegirangan menyambut cucunya pulang...hanya ini pengorbanan kecil yang kami mampu lakukan untuk mengembirakan hati kecil bonda yang kian kesunyian dek ank2 semakin dewasa..dan punya kehidupan sendiri..

03 January 2009

salam tahun baru

salam tahun baru...hijrah 1430 dan juga masihi 2009..moga tahun baru bakal membawa azam dan matlamat yang baru dan lebih diberkati..

selamat berkerja dan bersekolah buat semua rakan2 yang sentiasa rajin ke sekolah..sejak dibangku sekolah sampailah di "meja" sekolah ( hehe cikgu cikgi la ni...)


salam tahniah buat anak sedara kesayanganku dan juga sepupu fathi yang paling tua (haha mu koho tuo doh wei)..mek ti...kerana telah berjaya mendapat tempat dalam dunia pekerjaan dalam sektor kerajaan di bidang yang dia xberapa nk g..bidang PTD..selamat melapor diri lusa yer( 05 Jan 09 )

selamat mengasuh buat Cula..adik bongsu kesayanganku..mengasuh her0 permata hatiku..kerana besok 04 Jan 09 akan bermulalah kerjaya kami sebagai cikgu cikgi berbakti pada anak bangsa..


salam tahun baru buat semua dari kami sekeluarga..